Luahan hati Rakyat Baling terhadapat Premis Kosong...
Pemerhatian berulangan di Bangunan Premis Niaga
milik Majlis Daerah Baling (MDB) yang terletak di Pekan Kuala Ketil. Lokasi bersebelahan jalan utama (Pekan Kuala Ketil) mendapati banyak ruang niaga tidak beroperasi. Dari maklum balas mendapati ada
sebahagian ruang niaga telah mempunyai penyewa tetapi tidak menjalankan
perniagaan.
Beberapa unit Kedai di tingkat bawah menghadap jalan Utama sentiasa
tutup sahaja . Apakah YDP, Setiausaha dan Ahli Ahli Majlis, Majlis Daerah
Baling ( MDB ) tidak menyedari bahawa aset aset milik kerajaan perlu dimajukan
dan menjana hasil pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan sekaligus
membangunkan sosial ekonomi setempat .
Saya berharap Ahli Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kedah dapat merangka satu mekanisme pemantauan aset- aset milik kerajaan
yg tidak berdaya maju untuk tindakan segera.
sumber : FB Iriang Iris
pEgi cek kat MDB premis tersebut ada peyewa tapi dah bertahun tidak menjalankan perniagaan sayang nak lepaskan sanggup potong api air harap bagi peluang pada orang lain yang betul nak berniaga
ReplyDelete