Pesanan Rasulullah S.A.W untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah,
yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang
basaqah dan yang syadaqah”. (GAMBAR HIASAN)
1.Wanita
Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan
suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita
Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya
mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia
suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya
wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita
Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita
ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita
sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan
kemampuan suaminya.
4.Wanita
Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya
selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala
lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan
diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita
Basaqah: ada 2 makna,
Pertama,
wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri
bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.
Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini
juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan
menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi
dirinya.
Kedua, dia
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya
bahagiannya.
6.Wanita
Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga
menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan
komen saja.
Wallahu'alam.
Sumber:
Gempaq Network (Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini).
No comments:
Post a Comment