“Baru tahun ini dia naik motosikal pergi ke
sekolah, sebelum ini, dia hanya tumpang rakan,” kata Rosli Abd Rahman, 56, bapa
kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong yang maut dalam kejadian
kemalangan kira-kira jam 7 pagi, semalam.
Mangsa, Mohamad Sofiuddin Rosli, 16, maut di tempat kejadian setelah digilis lori muatan balak di Kilometer 27, Jalan Baru Baling berdekatan Kampung Seri Ketengga.
Abdul Rahman berkata, anaknya dalam perjalanan untuk menumpangkan rakannya sebelum ke sekolah.
Mangsa, Mohamad Sofiuddin Rosli, 16, maut di tempat kejadian setelah digilis lori muatan balak di Kilometer 27, Jalan Baru Baling berdekatan Kampung Seri Ketengga.
Abdul Rahman berkata, anaknya dalam perjalanan untuk menumpangkan rakannya sebelum ke sekolah.
Mangsa merupakan anak kedua
dari tujuh beradik dan merupakan seorang anak yang pendiam dan tidak banyak
bercakap.
“Baru semalam dia makan tengah
hari di rumah bapa saudaranya, Md Daud Awang Mohammad di Kampung Hajah Halimah.
“Arwah anak yang baik dan
sangat menghormati orang tua,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, mangsa dipercayai
cuba memotong sebuah lori muatan balak sebelum bergesel dengan sebuah van dari
arah bertentangan.
“Keadaan itu mengakibatkan
mangsa terjatuh seterusnya digilis pada bahagian tayar belakang lori,” katanya.
Katanya, mangsa maut serta
merta akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Menurutnya, bulan ini sahaja
sebanyak tiga kemalangan maut dilaporkan pada tahun ini dan semua mangsa
merupakan penunggang motosikal.
“Dua daripada mangsa yang maut
ini adalah pelajar sekolah,” katanya.
Mayat Mohamad Sofiuddin
kemudiannya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dituntut
ahli keluarganya.
Arwah selamat dikebumikan
petang semalam di Tanah Perkuburan Tanjung Pari. (SinarHarian)
`setiap yang hidup PASTI akan merasai MATI....` Pagi ini , Ahad, 12 Januari 2014, `anakanda kami warga SMK Siong' Mohd Sofiyuddin Bin Rosli, telah kemalangan dan kembali keRahmatullah, ...semasa melihat jenazahnya yang terbaring kaku, dan kecederaan yang menyayat hati, ... aku lantas teringat anak-anak yng jauh d mata, ...
hargailah nyawa anakku dan `anak-anak ku' dimana saja, ....semuga `ahli syurga` ini akan diberi rahmat dan keampunan oleh Allah.....
SUMBER RAKAN FACEBOOK : Amzan Ghazali
No comments:
Post a Comment