Friday, 3 January 2014

PAHLAWAN "KRISTIANISASI" MUNCUL PERTAHANKAN PERSATUAN BIBLE MALAYSIA . @inspirasiislami @n_izzah @anwaribrahim



"Akan muncul suatu hari nanti seburuk buruk manusia di akhir zaman iaitu mereka yang mengaku ulamak"


Ramai yang mengaku pejuang, tetapi mereka petualang bangsa dan ugama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof tiba-tiba hadir dan menjadi hero bagi pihak Pas apabila mengecam tindakan  yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas bible berbahasa Melayu daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia.

Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, meminta pihak kerajaan persekutuan mengambil tindakan ke atas Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas penganut Kristian.

Tindakan Mujahid yang dilihat bermotifkan politik yang mengambil kesempatan untuk menarik sokongan daripada penganut Agama Kristian di Malaysia.

Mujahid merupakan pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam liberal di Malaysia seperti Anwar Ibrahim mempersoalkan serbuan dan rampasan itu.

Mujahid berkata, kerajaan perlu memberhentikan semua tindakan dan tidak membenarkan Jais bertindak tanpa terlebih dahulu memahami sensitiviti yang menyelubungi perkara itu. -Sg. Rapat online

Perancangan musuh berbagai bagai. Cara nak musnahkan islam di Malaysia, perancangan Allah juga yang terbaik.

1 comment: