Thursday, 9 January 2014

'Rakyat Pilih Putrajaya' " : #FaceBook PENGHASUT mahu adakan DEMO di #Putrajaya. @NajibRazak @TengkuAdnanReal @PDRMsia


"walau apa halangannya, kita semua akan bersama, melayu cina india iban kadazan, demi tanahair tercinta..."

Jatuhnya sesebuah Negara adalah bermula dengan Demonstrasi Jalanan bagi mengulingkan kerajaan sedia ada, tetapi apabila sesebuah kerajaan jatuh melalui demonstrasi jalanan pasti berlaku huru-hara dan pergolakan kuasa.

Di bawah ini, sebuah laman FaceBook yang dipercayai milik PR cuba menghasut Rakyat dan mengatur satu perhimpunan yang juga Demostrasi bagi menjatuhkan kerajaan.

https://www.facebook.com/SAMMKebangsaan?ref=stream&hc_location=timeline



Apakah demonstrasi mereka itu benar-benar melanggar undang-undang, atau itu hanyalah propaganda bagi menghalang orang ramai menyertainya.

Kerana jika benar melanggar undang-undang... mana hukumannya, siapa pesalahnya ?


Polis kena buat apa yang sepatutnya mereka buat, dan kami (majoriti yang diam) akan menghargainya...

Kita tak mahu, tiap kali perhimpunan pembangkang, kita bising, benda sama juga... 



Seperti terjadi Bersih 3.0 yang lepas Pembangkang cuba berdalih dari kebenaran yang mengakibatkan rusuhan yang menjadi peristiwa berdarah, dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dilantik oleh Majlis di Raja telah memutuskan bahawa Perhimpunan Bersih 3.0 adalah haram.


No comments:

Post a Comment