Marinatasha Isnariah
Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan
diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET
2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
“Saya rasa sangat
malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan
mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun
bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan
lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
Arahan berbaur
perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong.
Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan
meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan
persembahan tersebut.
“Semasa saya
mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu,
wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang
saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas
alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
Artis Akademia
Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam
persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas
pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”. (baca lanjut)
No comments:
Post a Comment