Wednesday, 22 January 2014

Kenyataan #Syoksendiri atau BASUH SELUAR DALAM ? info by @tunfaisal



Cerita sini habis sini... Ramai pengiat Media Maya agak terkejut dengan kenyataan Penulis tersohor, Datuk A Kadir Jasin. Bukan berniat nak mengkritik atau nak menidakkan sumbangan dan kepakaran DAKJ siapa saya insan kerdil ini.. cuma nak bepesan sesama kita.... Hal kepentingan peribadi lebih mustahak dari kepentingan rakyat keseluruhannya. Bercakap dan menulis macam memberi nasihat tetapi sebenarnya penuh muslihat.


A. KADIR: UMNO bergantung kepada siapa? Kalau tengok Utusan, berapa jumlah sekarang (jumlah edaran)? Saya hendak bercerita satu lagi masalah UMNO. Blog-blog parti ini menyerang saya dalam blog pembangkang, tidak ke bodoh. Cybertrooper menyerang saya sebab kononnya saya serang Najib. Pendekatan mereka menyerang saya di saluran pembangkang seolah-olah menunjukkan UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai. Sudahlah tidak menggunakan saluran mereka dengan berkesan, pada masa sama bongkarkan masalah sendiri di 'rumah,' orang. Apa sudah jadi? Berbincang kepincangan UMNO dalam blog pembangkang, inilah pandainya bloger-bloger UMNO. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah.

Kalau pun marah saya kritik Perdana Menteri, jawablah apa yang saya kritik. Saya pernah beritahu blogger-blogger, mereka sebenarnya tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, sebaliknya mereka inilah yang memburuk-burukkan bakal generasi baru UMNO. Jadi macam mana hendak berpolitik. Bagi saya blog sudah menjadi teruk dalam UMNO.


Persoalanya ?


1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir


2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN

3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai

4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara

5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya...  blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.

Tetarik dengan kupasan yang dilontakan oleh saudara Tun Faisal Saya percaya ramai pejuang siber pro-UMNO/BN (blogger, facebooker, twitterti, youtuber, hacker dan sebagainya) BERSETUJU DENGAN SAYA jika saya katakan di dalam perang era media sosial hari ini, 8 ARTIKEL PANJANG BERJELA Kadir Jasin sebelum PRU13 BELUM CUKUP untuk membantu kemenangan BN.

Kedua, jika dikritik sedikit pun Kadir dah tak tahan, tak payah cakaplah hendak berdepan dengan serangan, penipuan, fitnah dan ugutan Red Bean Army. Dalam hal ini, saya yakin ramaicybertrooper pro-UMNO dan pro-BN yang jauh lebih berketahanan daripada Kadir. Mungkin zaman Kadir sudah berlalu.

Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan dilibatkan di dalam pelbagai operasi siber, operasiwar room dan TIGA daripada EMPAT Rapid Response Team, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri mengenai prestasi jentera siber UMNO dan Barisan Nasional. 

Saya tidak pernah menyatakan yang kita telah mengatasi kelebihan jentera siber PR, tetapi saya tidak pernah tidak menghargai sumbangan dan penat lelah jentera siber UMNO dan BN. Untuk membuat sweeping statement bahawa pejuang siber pro-UMNO dan pro-BN BERBAYARTIDAK ADA KERJA LAIN KE, HARI-HARI POLITIKSYOK SENDIRI dan TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali. baca selanjut disini [ pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik ]

Apabila kita tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan cotohnya jawatan atau kedudukan tertentu, anggaplah itu bukan rezeki kita. perlulah muhasabah diri. kadang-kadang ada hikmahnya memberi, perlulah berusaha memperbaiki diri sendiri dan mungkin Allah hendak beri sesuatu yg lebih baik atau menguji kekuatan diri kita. Hanya Allah yang tahu samada kita layak atau tidak.


No comments:

Post a Comment