Sunday, 5 January 2014

JOM HADIAHKAN MARINA MAHATHIR SENASKAH AL-QUR'AN. #KalimahAllah @myberita @ustazkazimelias


Dato Marina Mahathir turut menghadiri sidang akhbar menyokong gereja menggunakan kalimah Allah pagi tadi pukul 9 pagi di Gereja  Our Lady, Jalan Tg. Kelana, Klang yang dihadiri oleh lebih kurang 350 orang pemimpin PR, penganut Kristian serta wartawan termasuk tokoh-tokoh penganut Kristian DAP, seperti Charles Santiago (AP Klang), Xavier Jayakumar  (Adun Sri Andalas), dan Teresa Kok (AP Seputeh). Sidang media ini diadakan oleh Marina bersama beberapa pegawai UNHCR ekoran bantahan oleh pihak NGO Islam di perkarangan Stadium Kota Raja, Klang sebagai kononnya lambang kedamaian dan keharmonian serta kebebasan pengamalan agama yang diamalkan di Malaysia.


Ketika sidang akhbar, Marina menyuarakan pandangan idealistik liberalnya apabila berkata mengenai kebabasan berugama dan perlu hormat menghormati agama lain.

Beliau bagaikan menuduh kerajaan terlibat apabila berkata mereka yang menganjur bantahan sebagai tidak pasti mewakili kerajaan atau anisiatif kumpulan tersebut. Beliau menuntut pemimpin tidak harus mendiam diri berikutan isu ini.

KESESATAN DAN KECENDERUNGANNYA KEPADA ISLAM LIBERAL BEGITU TERSERLAH APABILA MARINA BERKATA AGAMA DAN TUHAN ITU SATU.


Dengan hujah tersebut, dia kata semua pihak harus menghoirmatinya. Tidak disebut langsung bahawa Kristian mahu menggunakan nama ALlah untuk menyesatkan orang Islam yang kurang Iman. Perkara ini jelas dalam doktrin-doktrin dakwah Kristian.

Marina membuat andaian bahawa kumpulan solidariti yang hadir bersatu bersamanya untuk menunjukkan perpaduan antara kaum.Padahal beberapa kerat saja.  

Dia menuntut pemimpin harus hadir dan memberi sokongan kepada gereja-gereja kerana mendakwa tiada pemimpin yg hadir semasa insiden Gereja dibakar. Hanya solidariti kaum Malaysia bersatu menunjukkan sokongan.

Marina menyatakan lebih risau imej negara dilihat dunia barat dan kaum jahiliah liberal sebagai buruk dan pelancung tak akan datang dari menjaga akidah ornag Islam.

Marina menyeru semua kaum bukan Islam bersatu memberi sokongan. Bagaikan orang yang khayal dalam idelisma SESATNYA, Marina menngaggap orang Islam supaya sama sesat dengan tidak protes isu kalimah ALlah dan anggap mereka tahu tentang kebebasan agama.


Dalam majlis tersebut Marina dihadiahkan memyampaikan  bunga kepada setiap hadirin di perkarangan gereja sebagai simbol keamanan. Sebenarnya pihak gereja ada orang Islam yang liberal membantu mereka menyesatkan dan memurtadkan orang Islam lain.

Secara umumnya sidang akhbar dan kehadiran Marina Tun Mahathir mendapat sambutan menggalakkan dikalangan penganut kristian selain itu penganut kristian merasakan mendapat perhatian dan pembelaan berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Semasa sidang akhbar diadakan, pemimpin PR yang hadir mengadakan sidang akhbar berkaitan isu yang sama dan tidak menyentuh isu politik. Tokoh politik PR beredar dan  meninggalkan perkarangan gereja selepas sidang akhbar, manakala penganut kristian masuk kedalam gereja melakukan upacara sembahyang.

Sumber : http://headbomb.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment