Saturday, 4 January 2014

MUDAHKAN !! LELAKI "PENGHASUT" MOHON MAAF KETIKA DI TAHAN @PDRMsia


Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, sejak perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya, tidak ada seorangpun, penyokong pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.

Ada yang dibicarakan, kes tertangguh-tangguh, tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menghasut, menyertai demonstrasi 'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.

Lelaki Di Sebalik Facebook Hasut Guling Kerajaan Hanya Buat Untuk Suka-Suka

Pemegang akaun Facebook dengan nama Asmaelz Hadzeny II, 25, memohon maaf atas cubaan untuk menghasut orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan'.

Penganggur itu ditahan polis tidak lama selepas dia mengeluarkan kenyataan di Facebook pada bulan lepas, di Kampung Karambut di Saratok, kira-kira 400 kilometer dari sini. Dia dibawa ke Bukit Aman dan direman sehingga dibebaskan pada Jumaat.

Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 10.25 malam yang tiba dari Kuala Lumpur berkata:

"Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi lelaki yang dibawa oleh anggota polis keluar dari balai ketibaan. Inilah kenyataan tanpa berfikir (akibat perbuatan) yang hanya untuk suka-suka menyuruh orang ramai untuk merusuh.

"(Tindakan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa."

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. M-star

Kerana jika benar melanggar undang-undang... mana hukumannya, siapa pesalahnya?

1 comment:

  1. Dalam facebook bukan main mengaum dah kena tahan baru terkencing.....ha.....ha keyboard warrior taik minyak

    ReplyDelete