Sunday, 23 February 2014

Misteri Lubuk Puaka : Tenggelamkan 8 Sahabat. @BeritaHarian


Kejadian penuh tragis : Kententuan Ilahi tiada daya insan untuk menghalang, hanya mampu berdoa memohon padaNya.

Lubuk puaka ‘Pasir Rusa’ Segamat:

Bagi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’, menjadi ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin.


Di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka.

Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka. “Sejak kecil kami adik-beradik memang dilarang bermain di situ selepas arwah ayah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika mengail udang di situ.


“Kawasan berhampiran lapan remaja lemas itulah arwah ayah pernah terserempak dengan lembaga itu. Dulu ada pokok berembang yang besar ditebing sungai berhampiran kawasan lubuk di situ, namun sekarang ia sudah tiada akibat hakisan.


Lembaga puaka Pasir Rusa

“Arwah ayah selalu pesan jangan sesekali pergi ke kawasan pokok berembang itu kalau tak mahu terserempak lembaga puaka Pasir Rusa. Itu sebabnya penduduk di sini memang mengelak pergi ke kawasan itu, ” katanya kepada BH semalam.

Penduduk Othman Mohd Diah, 53, berkata sungai berkenaan yang terletak bersebelahan kampung itu terbiar sejak 20 tahun lalu, sebelum kerja mengorek pasir bermula sejak tahun lalu.


Katanya, beberapa insiden menyeramkan juga pernah dihadapi penduduk kampung berkenaan sebelum ini yang kebanyakannya mencari rezeki di sungai sebagai nelayan.

Alami peristiwa misteri

“Beberapa nelayan pernah mengalami peristiwa misteri ketika menjala dan menangkap ikan di situ dulu termasuk bot secara tiba-tiba berpusing, selain kejadian seolah-olah ada lembaga yang mengawasi serta mengekori mereka.


“Itulah sebabnya tiada siapa yang berani mandi atau pun menangkap ikan di kawasan itu lagi, malah suasana di situ juga suram dan menyeramkan, tidak kira siang atau malam, ” katanya.

Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi kelmarin, seorang remaja yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.


Empat lagi rakan mangsa bagaimanapun terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

BH.

Pelancong Kecewa Jambatan Gantung Langkawi Masih Ditutup. @MukhrizMathir #HanyaDiKedah



Tahun 2014 merupakan tahun Melawat Malaysia. Namun, salah satu destinasi tarikan utama pelancong ditutup kepada orang ramai.

Jambatan Gantung Panorama Langkawi yang merupakan antara jambatan paling menggerunkan di dunia telah ditutup hampir 20 bulan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan perunding luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan itu mengecewakan kebanyakan pelancong sama ada di dalam mahupun luar negara yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas jambatan gantung sepanjang 700 meter di atas paras laut dari Gunung Mat Chinchang.

 

Jambatan tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek kereta kabel bernilai RM80 juta dijangka hanya dibuka pada lewat tahun ini.

Friends of Langkawi Geopark atau FLAG berkata kebanyakan pelancong asing khususnya amat kecewa kerana mereka sanggup terbang ke negeri itu untuk merasai pengalaman melalui jambatan gantung tersebut.

Timbalan Presidennya, Pishol Ishak berkata; "kami tahu apa yang mereka katakan kerana mereka sentiasa mengadu kepada kami."

TriAdvisor- laman web penggembaraan terbesar dan terkemuka dunia - menyenaraikan Jambatan Gantung Langkawi sebagai antara lima jambatan gantung paling menggerikan di dunia.

Jambatan gantung tersebut yang menarik kira-kira 400,000 pengunjung setahun, pernah menghiasi pelbagai majalah dan laman web pelancongan di luar negara.

Jambatan gantung itu turut menempa nama apabila pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan melakukan penggambaran filem Don:The Chase Begins Again pada 2006.

Difahamkan jambatan gantung yang beroperasi selama 10 tahun itu ditutup sejak 10 Julai 2012, sebulan sebelum Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) membeli Panorama Langkawi Sdn Bhd atau PLSB yang masih mengendalikan jambatan gantung itu dan kereta kabel dari Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Ketua Pegawai Operasi PLSB, Mohd Ali Makkit berkata, keselamatan pelanggan adalah menjadi keutamaan mereka walaupun terpaksa menutup jambatan gantung itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Kami harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pereka dan arkitek jambatan tersebut, dimana ia perlu ditutup untuk penyelenggaraan selepas enam tahun," kata Ali kepada Sunday Star.

PLSB perlu memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan."Ia bukan muda untuk mendapatkan peruntukan yang banyak untuk penyelenggaraan dan kebiasaannya proses itu memakan masa selama setahun sebelum kami mendapat peruntukan. Kami memohon peruntukan dengan serta-merta selepas pengambilalihan itu. Ia telah diluluskan dan kerja-kerja penyelenggaraan dijangka bermula April ini," katanya.

Berhubung kelewatan itu, beliau menjelaskan, ia turut disebabkan oleh keperluan untuk mendapatkan khidmat kontraktor sebenar selain arkitek dan perunding reka bentuk dari Switzerland untuk melakukan kajian.

"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dibahagikan kepada dua fasa, dengan fasa pertama adalah membaik pulih struktur utama jambatan tersebut dengan kos lebih RM10 juta. Kos itu turut termasuk menggantikan dan membaik pulih struktur keluli untuk stesen kereta kabel di puncak," katanya.

Pada fasa kedua, RM8 juta akan dibelanjakan untuk membina inclinator untuk membawa pengunjung ke jambatan tersebut.


#SelawatPerdana DI #Putrajaya BERSAMA Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal .


Pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Instagram : @SelawatPerdana 


ISU SEKOLAH TAMIL : Kerajaan DAP P.Pinang @cmlimguaneng Cari Nahas !! @ustazfathulbari


Hasrat Kerajaan Negeri untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil (SMJKT) pertama di negera ini dekat Parlimen Bagan tidak kesampaian apabila ditolak oleh Kerajaan Pusat. NAK TAHU KENAPA JOM TENGOK KAT BAWAH !!


Selaku Ketua Menteri & Ahli Parlimen , beliau tentu mengkaji dulu Akta Pendidikan 1996 samada  terdapat atau tidak peruntukan untuk membina  Sek Men Tamil di negara ini . Di dalam  Akta Pendidikan 1996  sebenarnya    telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan  mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga hanya 60 buah sekolah Cina swasta.

Tetapi Guan Eng  tanpa segan silu dan BUAT  BODOH nya telah  menghantar surat kepada Kementerian yang  mana  sudah tentunya mendapat satu surat jawapan penolakan  pemohonan !! 

Mengapa Guan Eng  sebagai Ahli Parlimen tidak membawa isu ini ke Parlimen dahulu kerana untuk membina Sek Men Tamil perlu dipinda peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 .  Hanya di dalam Parlimen boleh meminda sebarang peruntukan berkaitan akta . 

Saturday, 22 February 2014

#BERANIKERANABENAR !! Mazidul Akmal Sidik Akan DISAMAN ? @BuletinTV3


SAYA RELA DIPENJARAKAN DEMI MEMELIHARA KEPENTINGAN UMAT ISLAM.


Berani kerana Benar, Keberanian dan ketegasan wartawan yang juga pengacara TV3 ini memeng tidak boleh dinafikankan lagi. Otai Mazidul sering mededahkan isu-isu panas dan kes  yang berprofail tinggi menyebabkan beliau sering dikencam dan ugut dengan pelbagai tindakan. Namun itu semua tidak melemahkan dan menjatuhkan semangat beliau untuk terus membongkar dan membantu masyarakat. Mendedahkan bedasarkan faktar sebenar tanpa prajudis... kali ini "otai" di kencam kerana pendedahan belaiu berhung dengan MLM....

Justeru segelintir mencadangkan agar saya disaman berikutan menyebarkan maklumat RASMI itu.

Pengguna di Malaysia terbukti ingin mengetahui fakta sebenar. Maklumat itu kemudian dikongsikan oleh lebih 3,000 pengunjung laman Facebook JAKIM.  

Malangnya, sebilangan individu terbabit dalam perniagaan MLM itu tidak dapat menerima kenyataan, produk Double Stemcell telah menggunakan logo halal JAKIM secara salah.


Pembaca sekalian, andai kata menyebarkan maklumat tepat demi memelihara kepentingan umat Islam di negara saya cintai ini adalah satu kesalahan mengikut undang-undang, saya rela dipenjarakan kerana memperjuangkan isu ini. Demi Allah yang maha berkuasa dan maha mengetahui, saya enggan melihat semua individu seagama dan sebangsa dengan saya terus dikelirukan oleh kelompok manusia memburu kekayaan duniawi. 

Saya akur, Datuk Seri Lai, individu kaya-raya, menuai hasil penjualan produk dipasarkan oleh majoriti ejen dan stokis berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Jika pengeluar bersikap jujur dalam perniagaan, mengapakah perlu logo halal JAKIM itu diperkotak-katikkan? Apakah tujuan terselindung di sebalik tindakan itu? sambung baca Di [ Sini ]







APA LAGI KISAH YANG BERLAKU DI #KUIN ? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Terdetik di hati KK untuk sama-sama berfikir dan berkongsi kisah KUIN. Kalau dahulu pada zaman pemerintahan "rejim PAS" PELBAGAI MASALAH DALAMAN yang berlaku dalam pentadbiran KUIN. Sehinggakan ada yang berdemo, ada yang buat laporan kepada pihak yang berkenaan dan bermacam lagi "tragedi" pahit dan "busuk" yang berlaku. 

Akhirnya wujud sebuah gerakan yang di namakan "GERAKAN BERSIH KUIN" sebagai kumpulan pendesak dan juga memperjuangkan nasib-nasib kakitang KUIN yang tertindas hasil "idea" dan sikap "rejim PAS" masa itu.

Kali ini.. Blog BERITA KUIN sekali lagi tampil dengan nama yang lebih TEGAS mengenai Kulliyyah Perubatan akan diserapkan dibawah INSANIAH. Aps kisah sebenar yang berlaku pula kali ini....


Bagus dan Tahniah....Kewangan INSANIAH akan kembali terbeban. Apa dah jadi dengan kerjasama dengan pihak MAHSA?? Admin tidak mahu mengulas berkenaan isu ini. Perkara ini sudah banyak kali dicakap dan ditegur tetapi tidak diambil peduli. Pengalaman lama masih tidak dijadikan pengajaran. Kita sebenarnya tidak diberi tempoh "bertenang". Segalanya hendak dibuat dengan cepat dan terburu-buru sehingga tidak diambil kira berkenaan kewangan INSANIAH yang tidak stabil. Keputusan terburu-buru inilah yang menyebabkan kewangan INSANIAH suatu ketika dahulu tunggang-langgang dan huru-hara. Admin nak beri peringatan kepada sesiapa sahaja di dalam INSANIAH.

SEKIRANYA MASALAH-MASALAH LAMA BERLAKU LAGI SEPERTI :-

1. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN GAJI KEPADA KAKITANGAN
2. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI KEPADA PIHAK BANK
3. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN KERETA KEPADA PIHAK BANK
4. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN RUMAH KEPADA PIHAK BANK
5. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT AMARAN DARIPADA CRISS DAN CTOS
6. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK ZAKAT
7. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK KOPERASI
8. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN MOTOSIKAL KEPADA PIHAK BANK
9. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK INSURANS SEHINGGA KAKITANGAN 
    MENDAPAT NOTIS LUPUS
10. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT NOTIS MAHKAMAH

GBK tidak teragak-agak akan :

1. BERDEMO DEMI MENUNTUT HAK YANG DIABAIKAN
2. MEMBUAT LAPORAN POLIS
3. MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK SPRM
4. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK CUEPACS DAN MTUC
5. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK KPT

Ini sebenarnya luahan hati serta keperihatinan Kakitangan KUIN yang ingin melihat KUIN terus UNGGUL sebagai Pusat pendidikan ISLAM bukanya KUIN terkenal sebagai pusat pendidikan yang sabab hari dibebani Masaalah. "BEBURU KEPADANG DATAR, MENDAPAT RUSA BERBELANG KAKI, BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAIKAN BUNGA KEMBANG TAK JADI. APAKAH MASIH ADA "TANGAN-TANGAN GHAIB" DALAM PENTADBIRAN KUIN ? Sehinggakan banyak pekara ajaib berlaku....

Program Membara UMNO Bahagian Baling Seminar Kerjaya & penyerahan Lesen #BLI1M Baling. @NajibRazak @Kharykj @MukhrizMahathir @azeezputera #HanyaDiKedah


Tahniah !! Antara penerima lesen BL1M.



Hari ini berlansung beberapa program melibatkan rakyat di daerah Baling. Pada sesi pagi berlasung di Dewan Tun Abdul Razak Baling, Program Membara Bahagian Baling "seminar kerjaya" dan penyerahan Lesen BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) parlimen Baling di sempurnakan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim. Berikut dilampir beberapa keping gambar program tersebut.