Jumaat, 3 Mei 2013

Bacalah Warkah Saya Untuk Negara @NajibRazak . #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia pada 5 Mei ini. Kongsikan warkah ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekiranya anda mahu melihat keamanan, kestabilan dan kemajuan di negara kita berterusan. Marilah kita sama-sama pastikan agar impian kita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.


Bacalah Warkah Saya Untuk Negara

www​.1malaysia.com.my/


Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.  
 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
 
PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
 
Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.

Yang ikhlas,

Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional



KK : Gunakan kebijaksanaan dan kewarasan akal anda untuk memilih. Kekalkan kemakmuran dan keamanan yang kita miliki sekarang untuk diwariskan kepada anak bangsa kita. Keperitan pejuang serta nenek moyong untuk menjadikan sebuah negara Malaysia. Jangan kita 'perjudikan' nasib anak cucu kita untuk mereka yang hanya pandai bercakap tapi tidak tahu mentadbir.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah