Friday 3 May 2013

Tindakan Biadap !! anak babi didalam kawasan Masjid 48 Bongor Baling.#PRU13 #GE13 #TolakPR #TukarKedah


Haram sungguh !! Tindakan biadap dan keterlaluan yang dilakukan pihak yang begitu terdesak dan cuba membuat 'provoke' terhadap umat Islam di Baling, kedah.

Dalam 2 hari lagi menjelang PRU13, rakyat Baling digemparkan dengan tindakan terdesak pihak yang ingin menghuru-harakan serta menimbulkan perbalahan kaum masyarakat di Baling.
IMG-20130502-WA056
Di maklumkan oleh seorang sahabat yang berasal dari Bongor, Baling di kejutan dengan tindakan biadap, apabila seekor anak khinzir (Babi) di letakan di kawasan Masjid Ar-Rahmaniah, Bt 48, Bongor, Baling, Kedah. Kejadian itu disedari oleh jemaah yang hadir untuk mendirikan Solat maghrib. Di khabarkan peristiwa berkenaan belaku sekitar jam 6:30 petang.

Menurut saksi, mereka melihat sebuah kenderaan pancuan empat roda (4x4) berwarna putih, jenis hilux. Kenderaan itu juga dilihat membawa bendera parti politik berwarna hijau singgah di perkarangan Masjid tersebut.

Mengaharapkan pihak berkenaan menyiasat serta menahan dalang disebalik kejadian ini.

satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki bernama Haji Adnan bin Awang Abdul Rahman di Balai Polis Baling berhubung kejadian membaling bangkai seekor anak babi ke dalam kawasan masjid. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment