Saturday 19 October 2013

Zahid, Shafie, Hishammuddin Kekal Naib Presiden Umno‎.#pemilihanUMNO

Dari kiri, Hishammuddin, Zahid dan Shafie berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

Ketiga-tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Sabtu.

Setakat pukul 11 malam, Hishammuddin secara tidak rasmi memperoleh 92 undi mendahului pencabar terdekatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan 77 undi.
Kiraan setakat 10 malam menunjukkan Zahid memperoleh 153 undi, diikuti Shafie (142), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (84), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (67), Tan Sri Mohd Ali Rustam (8) dan Tan Sri Isa Samad (7).
Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.
"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.
Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.
"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.
Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.
Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.
Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.
Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.
Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.
Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

2 comments:

  1. Dato' Paduka Mukhriz takpa cuba semula 3 tahun lagi. Dah ada sokongan yang baik. Buktikan dengan membangunkan Kedah...insyaallah sokongan akan meningkat pada 2016. Kami di KUIN beri sokongan. Sekarang kita tumpu PRK Sg Limau.

    ReplyDelete
  2. Rasanya ayahanda Tun Mahathir juga tidak berjaya dalam percubaan pertama sebagai Naib Presiden UMNO. Kalau benar ' like father like son '. Dato' Mukhriz dapat 91 bahagian sudah satu kejayaan baik. Insyaallah 2016 akan berjaya. TAHNIAH.

    ReplyDelete