Rabu, 26 Mac 2014

Enjin Pesawat Malindo Air Enjin Terbakar Selepas Misteri #MH370



Kemenangan pasukan bola sepak Terengganu bertukar tragis apabila pesawat penerbangan Malindo Air yang mereka naiki terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu Faiz Subri menyiarkan gambar turbin yang terbakar dan berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua mereka di dalam kapal terbang selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan kembali ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang pada Selasa.

Menurut Terengganu FA, pasukan itu mengambil penerbangan pagi ini dan salah seorang daripada ahli kakitangan berkata pemain-pemain telah menyiarkan gambar-gambar di laman media sosial mereka.

Sementara itu, Malindo Air dalam satu kenyataan media mengesahkan kapten penerbangan itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah telah sistem pengesan kebakarannya memberi amaran kebakaran.

Ketika itu penerbangan berada di paras 7,000 kaki.

Semua penumpang selamat dan mereka dipindahkan ke penerbangan lain ke Terengganu.

Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran masih disiasat dan pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan syarikat enjin dan pembuatan.
Dalam perkembangan yang sama, syarikat penerbangan Firefy mengesahkan bahawa tiada mana-mana pesawat dari syarikat itu mengalami kebakaran pada enjin seperti yang didakwa.

Firefly mengeluarkan kenyataan itu selepas sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Terengganu dilaporkan terbakar dan terdapat pihak yang mengaitkan pesawat terbabit dengan penerbangan Firefly.


Katanya, sudah menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memastikan setiap penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah