Saturday 15 March 2014

GEMPAR #PRKKajang !!! TOKE KILANG DIROMPAK SETENGAH JUTA.


Menjelang hari pembuangan undi di PRK Kajang tiba-tiba satu lagi kes melibatkan 'wang' ....
Kerajaan Selangor Kebas RM600,000 – Wee Ka Siong.

“Sudahlah ambil RM600,000 daripada pemilik kilang di Bukit Angkat, namun sehingga kini bulatan yang dijanjikan masih tidak nampak bayangnya,” demikian kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya, lebih malang lagi peruntukan untuk membina bulatan tersebut dipercayai dibiayai oleh dana swasta namun kerajaan negeri masih gagal membinanya.

“Lima tahun lalu, kerajaan negeri sudah kutip daripada para pemilik kilang di Bukit Angkat, jumlahnya RM600,000 dan dijanjikan buat round about.

“Sampai hari ini bayang round about pun tidak nampak, habuk pun tiada, tapi duit telah dikutip,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Manifesto BN untuk PRK N25 Kajang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, apabila calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail melancarkan manifestonya Rabu lalu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, membuktikan
kerajaan negeri gagal mengotakan janji tersebut.

“Kita minta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jawab… kerajaan PR, jawab apa sudah jadi dengan dana swasta untuk bina bulatan tersebut,” katanya.

KK : Jangan bazirkan masa depan dengan mengundi PKR.

No comments:

Post a Comment