Friday 28 March 2014

PUNCA TUDM TIDAK PINTASPESAWAT MISTERI YANG MUNGKIN#MH370 TERJAWAB ?


Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah melaporkan bahawa mereka telah berjaya mengesan pesawat misteri menerusi radar utama merek a yang dilihat berpatah balik pada hari kejadian pesawat MH370 hilang.


Bagaimanapun TUDM tidak mengambil tindakan selanjutnya selepas mengesan pesawat itu dan ianya dipertikaikan banyak pihak.

Akhirnya menerusi satu laporan berita, pihak TUDM sudah memberikan punca dan sebab musabab kenapa mereka tidak bertindak memintas pesawat berkenaan.

BACA JUGA: TUDM SANGKA PESAWAT DIARAHKAN MENARA KAWALAN UNTUK BERPATAH BALIK ?

Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri:

Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.


TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.


Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja.

Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik ?

TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya, TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Itu antara penjelasan dari Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Sudah tentu TUDM ada sebab tidak bertindak.

Namun seperti biasa, sebab tidak bertindak itu menyebabkan ia menjadi salah satu sebab kenapa kehilangan MH370 menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Apapun diharapkan pelbagai pihak akan meneruskan usaha mencari dan mengesan pesawat MH370. Semoga segalanya berjalan lancar.

Sumber asal: Berita Semasa

No comments:

Post a Comment