Rabu, 5 Mac 2014

Sidang kalimah Allah, umat Islam digelar 'lembu' di mahkamah #KalimahAllah @drhasanali

Mahkamah Persekutuan menangguhkan
keputusan berhubung permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguannya, 'The Herald' daripada menggunakan kalimah Allah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang
mempengerusikan panel tujuh hakim berkata, mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Ratusan hadirin dilihat berkumpul dihadapan Istana Kehakiman di sini pada awal pagi bagi menantikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pelbagai kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berada di perkarangan mahkamah seawal jam 7 pagi untuk memberikan sokongan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dieksklusifkan kepada umat Islam sahaja.

Ada antara ahli-ahli NGO ini seperti PERKASA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jalur Tiga (JATI), Persatuan Mukabuku dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PETIGA) tiba dari pelbagai negeri seperti Pulau Pinang.

Mereka melaungkan slogan-slogan sokongan terhadap Islam termasuk juga mengadakan solat hajat dengan harapan agar panel hakim yang juga terdiri daripada
Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad
Makinuddin, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa akan kekal dengan keputusan Mahkamah Rayuan iaitu memberikan hak eksklusif dalam penggunaan kalimah Allah.

Terdapat sedikit kekecohan berlaku dalam perhimpunan tersebut dimana seorang peguam telah muncul sambil membawa bunga dan mendakwa tidak semua orang
Melayu beragama Islam yang mempunyai pemikiran yang serupa seperti PERKASA dan ISMA.

Dalam ucapan ringkas itu juga, beliau turut membuat provokasi dengan memanggil orang Islam yang berkumpul disitu sebagai ‘lembu’ kerana senang dipengaruhi oleh sesetengah pihak. Ternyata, ucapannya itu telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dan pihak keselamatan yang bertugas
terpaksa menenangkan seorang ketua NGO yang cuba bersemuka dengannya.

Gereja melalui peguamnya mengemukakan 26 soalan tentang Perlembagaan, undang-undang tadbir dan kuasa mahkamah untuk membenarkan menteri dalam negeri mengharamkan sesuatu perkataan keagamaan.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan yang terdiri oleh panel tiga hakim termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali telah membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan Katolik, Herald, daripada menggunakan kalimah Allah.

Sumber : @astroawani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah