Tuesday 11 March 2014

Video Pendedahan Mengenai Teori Misteri Kehilangan #MH370 ? #PRAYFORMH370


Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka.  Klik di Sini untuk Baca Teori Atau Pandangan, Kehilangan Pesawat 

No comments:

Post a Comment