Tuesday 1 May 2012

BERITA BURUK UNTUK PASUKAN KELANTAN....


Kelantan lwn kedah keputusan kedah vs kelantan 1 mei 2012 piala fa
Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan meniti laluan sukar untuk mara ke perlawanan akhir setelah sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah dalam aksi perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Keputusan seri ini ternyata menyukarkan laluan The Red Warriors untuk mara ke pentas akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun kerana perlu mengharungi tempoh 90 minit yang begitu mencabar dalam saingan separuh akhir kedua di Alor Setar pada malam ini.

Malam ini, Pasukan kelantan akan turun sekurang-kurangnya mencapai kemenangan ataupun perlu menjaringkan 2 gol untuk melangkah ke perlawanan akhir. Pasukan kelantan bukan sahaja PERLU menewaskan pasukan kedah di padang, Malah perlu menghadapi gegak gepita sorakan penyokong kenari yang akan memenuhi stadium keramat (DARUL AMAN).

Kali ini,jentera serangan Kedah akan  lebih bertenaga dengan kehadiran pemain import, Abd Elfatah Safi yang baru pulih dari kecederaan
Bagi Kelantan pula kunjungan ke Alor Setar diiringi dengan semangat gitu untuk merealisasikan kemenangan melepasi aggregate dan mencipta kejutan di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning.


Apa Pun Malam kita tengok pasukan mana yang mempamerkan persembahan terbaik dan mampu menjaringkan gol....................


PULUN KEDAH PULUN VS GOMO KELANTAN GOMO.

No comments:

Post a Comment