Ikuti Kupasan bersama Bekas Ahli PAS
Namun Allah maha besar dan janji Allah adalah benar. Betapa dalam tempoh hanya dua dekad terbukti Amanat Hj Hadi ini adalah menyesatkan.
Kini PAS melalui Presidennya Hj Hadi mengatakan tidak perlu diubah perlembagaan yang dulunya dikatakan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir. Telah hilang dari mulut mereka untuk kononnya meletak Al-Quran sebagai perlembagaan negara bagi menjadikan Malaysia sebagai negara Islam ala-PAS. Cukup kononnya hanya dibuat tafsiran semula atas perkataan 'Islam' sahaja.
Ini diperakui pula oleh Mustafa Ali dalam interview 'Hardtalk' baru-baru ini.
Kalau begitu gayanya, bagaimanakah kedudukan 'syuhada' Ibrahim Libya dan pengikutnya dari kacamata PAS? Kita nak tahu apakah fatwa PAS tahun 2003 di atas kematian mereka tersebut.
Nampaknya Hj Hadi sendiri sudah humbankan 'Amanat Hj Hadi' dulu ke dalam tong sampah saja. Kini terpaksalah Hj Hadi menjilat semula 'ludah'nya dulu. Itulah yang selayaknya ke atas pemimpin yang tidak berpegang kepada prinsip seperti beliau - "dulu kata lain, sekarang kata lain" pula.- My KMU
P/S: Awat Zul Nordin dok sebut banyak kali sangat nama Cg. Joe........
No comments:
Post a Comment