Friday 29 June 2012

BLOGSPOT :- SEJARAH YANG PERLU DIKETAHUI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berbalik pada tajuk asal . Pada tahun 2006 telah tercipta satu sejarah apabila majalahTIME menamakan komputer sebagai “Person Of the Year” atau tokoh tahun ini sekaligus menumbangkan beberapa individu terkenal yang sering ditonjolkan berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Perkembangan ini ternyata hasil daripada ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama penggunaan blog semakin diiktiraf di peringkat global.
Pengaruh blog dan blogger juga diakui telah memberi impak besar kepada keputusan drastik pilihan raya umum ke-12 lalu yang telah merubah senario politik Malaysia, begitu juga dengan kemenangan bersejarahBarrack Obama di dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.  Kini, tidak siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi serta tanggungjawab tersendiri dalam dunia maklumat.

Kira-kira 10 tahun dahulu, individu yang mengaku mempunyai laman blog sendiri atau menjadi penulis blog akan dianggap pelik seperti makhluk asing.  Kini, kita boleh membaca lebih kurang 500,000 blog yang diwujudkan oleh blogger di negara ini sahaja.  Kemuculan blog hanya hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih memberi fokus kepada blog politik.
Sebelum wujudnya blog, terdapat beberapa bentuk komuniti-komuniti digital yang agak popular seperti Usenetiaitu satu sistem perbincangan maya di internet.  Ia merupakan satu daripada sistem komunikasi rangkaian komputer tertua dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Selain daripada itu terdapat juga perkhidmatan-perkhidmatan bersifat komersial dalam talian seperti GenieBIX dan CompuServe, senarai emel dan sistem papan bulletin (BBS).
Sejarah kemunculan blog dikatakkan bermula sekitar tahun 1983-1990an kesan daripada perkembangan penggunaan Usenet.  Ia merupakan perantara bersiri utama yang terangkum dalam takrif “Jaringan Sejagat” (WWW – World Wide Web) yang asal yang menonjolkan Kumpulan Berita Sederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh individu atau sekumpulan kecil pengguna.  Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan sederhana.

Pada tahuan 1994, Brian E. Redman dan beberapa orang rakannya telah mula menghantar bahan-bahan yang dipetik dari laman-laman web lain dari internet secara tetap dengan gaya penerbitan jurnal bersiri yang hampir sama dengan bentuk blog masa kini serta menonjolkan pautan ke laman-laman web berkaitan yang lain.
Pada tahun 1994-2001, blog era moden telah berkembang bermula dengan buku-buku diari harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan peribadi individu.  Kebanyakan para penulis ketika ini telah menjadikan diri sendiri, wartawan atau penulis jurnal sebagai bahan rujukan.

Kelompok kecil penulis ini menggelarkan diri mereka sebagai eskribisionis (escribitionist).
Justin Hall yang menggunakan blog peribadi sejak tahun 1994 ketika masih belajar di Kolej Swarthmore boleh dianggap sebagai perintis blog yang awal bersama-sama rakannya iaituJerry Pournelle.  Pada peringkat awal, kebanyakan weblog hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang telah dikemaskinikan secara manual.

Walaubagaimanapun, kemajuan teknologi telah memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diterbitkan mengikut tertib kronologi terbalik oleh individu yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal.  Perkembangan ini akhirnya telah menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri berbagai rencana dan jurnal yang diakui pada hari ini sebagai blog.
Terkini, penggunannya telah dimudahkan lagi dengan bantuan beberapa perisian blog sepertiWordPress, Movable Type, Blogger, liveJournal dan DreamHost.

Istilah “weblog” buat pertama kalinya telah dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997.  Manakala singkatannya, “blog” pula dicipta oleh Peter Merholz secara tidak sengaja apabila beliau telah memisahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blog miliknya iaitu Peter.com pada April atau Mei 1999.  Ia telah diterima baik sebagai kata nama mahupun sebagai “kata kerja”,  dalam bahasa Inggeris “to blog” bermaksud “mengedit weblog atau menghantar pesanan ke weblog“.

Sejak itu jumlah laman blog telah menunjukkan peningkatan yang mendadak.  Sebagai contoh,  laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 mempunyai hanya 100 kemasukan pada tahun 1997 tetapi jumlah itu telah menjadi lebih 20 juta pada bulan Disember 2005.  Pada bulan November 2007, enjin carian blog Technorati telah menjejaki lebih 120 juta blog dalam internet, angka yang meningkat dua kali ganda berbanding penemuan awal Januari tahun yang sama.

No comments:

Post a Comment