Monday 25 June 2012

TRADISI POK NIK MENJELANG PRU


NIK AZIZ SPIN LAGI ISU HUDUD
Kerajan negeri Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud walaupun, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan polisi berkenaan.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah menyatakan bahawa mereka menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan namun beliau menegaskan bahawa ia bukan sebahagian daripada polisi Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, pimpinan PAS Kelatan tidak peduli dengan pendirian Anwar.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri mempunyai hak untuk melaksanakan hukum hudud kerana telah diluluskan sebagai Enakmen Jenayah Syariah Negeri pada 1993 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ya memang benar hudud bukan sebahagian daripada polisi Pakatan Rakyat tapi Kelantan telah meluluskan enakmen ini sebelum kewujudan pakatan lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment