Thursday 14 June 2012

PAKATAN HANYA MENIMBULKAN PERSEPSI NEGATIF RAKYAT KE ATAS PERDANA MENTERI


ZULKIFLI NORDIN : 


PEWARIS ANAK BANGSA

 KUALA LUMPUR 13 Jun – Tindakan pembangkang yang dilihat cuba untuk memberikan persepsi negatif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengaitkan isu pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya dilihat sebagai tidak berjaya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bru, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pembangkang cuba mengaitkan isu mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hampir enam tahun lalu dengan perdana menteri dengan menimbulkan persepsi. 


“Mereka (pembangkang) menyatakan persepsi bahawa Altantuya dibunuh disebabkan dia terlibat semasa runding cara pembelian Scorpene, mendapat komisen dan berakhir dengan dia dibunuh. 


“Memandangkan Najib juga terlibat sama dalam pembelian Scorpene, maka dia juga dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Ini yang dinama kan persepsi,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.  


Zulkifli turut mengecam tindakan pembangkang menuduh Najib terlibat dalam kes tersebut kerana pada masa tersebut beliau merupakan peguam yang mengendalikan kes itu. 


“Najib dan Altantuya tiada kaitan langsung dengan pembelian Scorpene termasuklah pembunuhan Altantuya. Saya tahu sebab saya menjadi peguam ketika itu dan tiada bukti langsung yang mereka terlibat. 


“Jika benar mereka (Najib dan Altantuya) terlibat, dah lama saya gunakan kerana pada ketika itu saya ahli parlimen Pakatan Keadilan Rakyat (PKR),” katanya. 


Tambahnya, pembangkang hanya menyatakan persepsi dengan mengaitkan Altantuya dibunuh kerana pembelian Scorpene dan Najib dituduh kerana beliau juga terlibat dalam pembelian tersebut.


sumber: gelombang wangsa maju blog 

No comments:

Post a Comment