Tuesday, 26 June 2012

ZED ZAIDI TUGGU NEELOFA?



KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) masih menunggu maklum balas dan e-mel tuntutan daripada Neelofa bagi membantu menyelesaikan persengketaan pelakon utama filem Azura itu dengan Anzalna secepat mungkin. Presidennya, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, pihaknya sudah mempunyai formula untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua artis itu, namun memerlukan komitmen Neelofa untuk menjelaskan tuntutannya terhadap Anzalna. 

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Seniman sudah bertemu dan berbincang dengan Neelofa serta Anzalna. Kami melihat perkara ini secara serius kerana membabitkan imej artis. 
“Namun, apa saja keputusan dan langkah bakal diambil Seniman selepas ini, ia masih bergantung kepada kerjasama kedua-dua pihak. Kalau Neelofa mahu teruskan tuntutan mahkamah, kami tidak boleh buat apa-apa melainkan menjadi pemerhati saja,”.



KK Harap-harap selesailah pertingkahan artis kita ni....

No comments:

Post a Comment