Sunday, 4 August 2013

Wanita 'anjing' mendapat pembelaan peguam #PR #rakyatnews #HinaIslam #DemiRakyat

"Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hari kepada manusia dan takut kepada Tuhan"


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Gempar !! Akhirnya #TandaPutera "TEWAS" pada #29Ogos2013 . #rakyatnews #1Malaysia @PDRMsia


Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969

Penerbit dan pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda penayangannya.

Shuhaimi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan menyusun strategi pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat diterima oleh orang ramai.

"Benar filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu telah melemahkan semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan pengumuman tarikh tayanganTanda Putera.

Jom Promo Filem Melayu ini :- 


"Kami akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti mana dilakukan dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton filem ini nanti," jelasnya kepadamStar Online.

Shuhaimi ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk mengembalikan momentum filem berkenaan dikalangan penonton kerana menerusi satu kajian orang ramai masih menyedari kewujudan Tanda Putera yang ditunda penayangannya.

Malah kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.

"Ramai yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah beberapa kali ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini dan ada yang marah kerana dengan kelewatan itu.

"Dalam kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari kewujuduan filem ini dan dengan strategi pemasaran yang betul Insya-Allah akan menarik orang ramai menonton," katanya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.

Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Nasa Menemukan Terompet Sangkakala Malaikat Israfil. @inspirasiislami #rakyatnews

TIMELINE OF THE UNIVERSE
TIMELINE OF THE UNIVERSE

Nasa Menemukan Terompet Sangkakala Malaikat Israfil | Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah. ( Dalam bahasa Indonesia)

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu kapan dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)

Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:

Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)

Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil

Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan bagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (studi tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Proyek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta. Sebab prediksi yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau prediksi lain menyebutkan bentuknya datar.

Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mencengangkan, karena hasil penelitian tersebut menemukan bahwa alam semesta ini berbentuk seperti terompet.

Pada bagian ujung belakang wilayah ‘terompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak bisa diamati (unobservable), sedang bagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem tata surya berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).

“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68)

“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)

“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)

Banyak ulama tafsir mengatakan bahwa tiupan terompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diartikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menguraikan bahwa tiupan terompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.

Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?

Tim WMAP mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang bisa menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Proyek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara mendetail, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 derajat. Ini menyimpulkan bahwa ketika mengembang, alam semesta terulur panjang. Sempit di awal dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk terompet abad pertengahan. Hal ini tentu mematahkan prediksi selama ini yang menyatakan bahwa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.

Tim WMAP yakin bahwa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk terompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh ujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)

“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)

Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya

Editor: Farid Zakaria
Credit Info & Picture © NASA / WMAP Science Team (http://map.gsfc.nasa.gov/media/060915/index.html)



Hadiah khas Namewee budak tidak tahu sejarah kepada pemimpin Negara. #1Malaysia #Rakyatnews

Ibarat melepaskan anjing yang tersepit, masihkah kita ingat kisah Namewee yang begitu mudah di maafkan serta di dodoikan oleh pemimpin tertentu di atas perbuatannya. Kali ini sekali lagi Namewee tampil dengan video terbaru beliau, jom kali ini kita lihat Apakah reaksi terbaru sebilangan pemimpin negara yang mudah lupa dan alpa itu.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.

"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.

"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Mohamed Nazri juga berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.

"Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130803/dn_31/Namewee-budak-tidak-tahu-sejarah-bodoh---Nazri#ixzz2auqZ0J70
© Utusan Melayu (M) Bhd.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, 3 August 2013

Gempar @ustazfathulbari di malukan di kediaman Menteri Besar Kedah @MukhrizMahthir oleh seorang guru ? #HanyaDiKedah.


Usaha murni pihak kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir meneruskan sesi kuliah agama di Seri Mentalon amatlah sangat dihargai. Sebagai meneruskan tradisi Bekas MB Kedah terdahulu.

Tetapi pada hari ini, dicemari dengan sikap kebiadapan serta extream kepada fahaman politik pembangkang. Kerana kali ini, kerajaan negeri menjemput penceramah Muda dari ILMU iaitu Ustaz Fathul Bari. UFB dijemput untuk menyampaikan sesi kuliah namun di halang oleh pihak usrusetia. 

Pihak usurusetia juga melemparkan pelbagai tuduhan serta penghinanaan terhadap UFB. Seperti email yang dipaparkan di blog KedahKeKLblogspot.com

Salam Tuan Mc,



Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon.
Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni?



Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah.
Peminat Setia Kuliah Pagi
Seharusnya urusetia lebih bersikap terbuka. Jangan kerana terlalu taksub dengan politik sehingga menyebabkan perkembangan ilmu agama dihalang untuk disampaikan.

Kerana selama kuliah agama berlansung di Seri Mentalon, pihak kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan tersebut. Tetapi kali pihak MB berhasrat untuk membawa penceramah Muda yang berkaliber tetapi dinafikan oleh mereka yang berfaman bahawa UFB dari 'lubuk UMNO'.  Kerana selama ini penceramah yang dijemput pada sesi kuliah di Rumah MB semuanya dari 'kem mereka' dan penyokong parti mereka sebab itu dibenarkan bercemah.

KK: inilah yang dikatakan memperalatakan agama bagi kepetingan politik sempit. Tanpa memperdulikan Islam itu sendiri.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

@azeezputera atau dikenali Azeez Rahim kena serbu kerana 'janji #PRU13 ' di Baling #HanyaDiKedah








Majlis sumbangan Aldilfitri 1434H. Peringkat DUN Kupang. Di sampaikan oleh Ahli Parlimen Baling Dato Azeez Rahim.

Seramai hampir 500 penerima terdiri daripada asnaf/anak yatim/serta golongan kurang berkemampuan.

Tidak ketinggalan juga pemimpin UMNO 4 peringkat di cawangan.

Mereka diraikan dalam majlis yang di lansungkan di Kompleks Sukan Batu 42 Baling. Pada 3 Ogos Jam 10:00 pagi.

Terima kasih YB Azeez Rahim yang sentiasa menepati janjinya kepada rakyat Baling.

" Janji ditepati "


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

PM Sampaikan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Pengamal Media. @rakyatnews_my #lahadDatu


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 227 pengamal media yang terlibat dalam me mbuat liputan mengenai insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Majlis penganugerahan itu diadakan sempena majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penerangan dan Jabatan Perdana Menteri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman; Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang beberapa organisasi media yang lain.

Sebanyak 17 petugas media dari Bernama menerima pingat tersebut.Lebih 1,000 pengamal media hadir pada majlis itu.

Najib dalam ucapannya sebelum berbuka puasa berkata kerajaan mengambil keputusan asas untuk menyampaikan pingat itu kepada pengamal media kerana apabila mereka dihantar membuat liputan berita di Felda Residence, Lahad Datu dan Semporna, mereka terdedah kepada risiko yang tinggi.

"Faktor penting ialah saluran maklumat yang tepat dan sahih oleh media kepada rakyat kerana seperti apa yang berlaku di Perang Vietnam ialah walaupun Amerika Syarikat mempunyai teknologi baharu tetapi akibat tidak mendapat sokongan rakyat akhirnya mereka kalah dalam perang tersebut.

"Berbeza di Malaysia, negara berjaya menumpaskan ancaman komunis dan berjaya memenangi hati dan minda rakyat sehingga kerajaan mendapat sokongan kuat dari rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menghadapi sebarang ancaman dari dalam dan luar negara dan beliau melihat semangat patriotisme rakyat Malaysia sangat tinggi seperti ditunjukkan pada sambutan Hari Pahlawan di ibu negara Rabu lepas.

Katanya laporan berita menerusi media cetak, elektronik dan media sosial telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan membangkitkan semangat nasionalisme dan buktinya ialah apabila ramai rakyat Malaysia menyumbang dalam Tabung Lahad Datu sehingga mendapat jumlah kutipan yang tinggi.

Pengamal media tempatan yang menerima pingat itu adalah mereka yang berdaftar di pusat media dikendalikan Jabatan Penerangan di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, pada 15 Februari hingga 15 April lepas.

Pusat media itu diwujudkan bertujuan memudahkan petugas media membuat liputan berita, menganalisis laporan media tempatan dan antarabangsa, menangkis laporan negatif media asing dan menggunakan pendekatan media yang berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Pemberian pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan bakti semua pihak termasuk pengamal media yang membantu menyampaikan maklumat yang telus dan tepat sepanjang Operasi Daulat (Op Daulat) di Lahad Datu, Sabah.

Liputan oleh pihak media telah banyak membantu menyampaikan maklumat terkini kepda orang ramai dalam menangani kejadian pencerobohan itu yang telah menggugat keselamatan dan keamanan negara.

Pada 5 Mac lepas, pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Daulat membanteras penceroboh berkenaan melalui strategi Lautan Biru setelah rundingan tiga minggu gagal.

Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Namun, lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam insiden itu.BERNAMA

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.