Usaha murni pihak kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir meneruskan sesi kuliah agama di Seri Mentalon amatlah sangat dihargai. Sebagai meneruskan tradisi Bekas MB Kedah terdahulu.
Tetapi pada hari ini, dicemari dengan sikap kebiadapan serta extream kepada fahaman politik pembangkang. Kerana kali ini, kerajaan negeri menjemput penceramah Muda dari ILMU iaitu Ustaz Fathul Bari. UFB dijemput untuk menyampaikan sesi kuliah namun di halang oleh pihak usrusetia.
Pihak usurusetia juga melemparkan pelbagai tuduhan serta penghinanaan terhadap UFB. Seperti email yang dipaparkan di blog KedahKeKLblogspot.com
Salam Tuan Mc,
Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon.
Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni?
Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah.
Peminat Setia Kuliah Pagi
Seharusnya urusetia lebih bersikap terbuka. Jangan kerana terlalu taksub dengan politik sehingga menyebabkan perkembangan ilmu agama dihalang untuk disampaikan.
Kerana selama kuliah agama berlansung di Seri Mentalon, pihak kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan tersebut. Tetapi kali pihak MB berhasrat untuk membawa penceramah Muda yang berkaliber tetapi dinafikan oleh mereka yang berfaman bahawa UFB dari 'lubuk UMNO'. Kerana selama ini penceramah yang dijemput pada sesi kuliah di Rumah MB semuanya dari 'kem mereka' dan penyokong parti mereka sebab itu dibenarkan bercemah.
KK: inilah yang dikatakan memperalatakan agama bagi kepetingan politik sempit. Tanpa memperdulikan Islam itu sendiri.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Aku antara umno yg tak berkenan dgn sektariat ulamak muda, kerana mereka mewakili kelompok tertentu dalam islam hatta mereka claim sebagai aswj dan sebelum ini pun ada desas desus yg mukhriz agak mesra dgn kelompok ini....memang tak wajar umno jadi platform untuk fahaman tertentu(fahaman yg memecah belahkan dunia islam selain syiah) dan tidak mustahil apabila ramai ulamak dan ustaz yg non partisan tetapi masih berlaku adil terhadap umno akhirnya akan semakin mnjauhi umno andainya kelompok tertentu dilihat semakin kuat lobinya dlm umno....boleh rujuk mufti2 malaysia selain mufti perlis jika ragu2 apa yg aku suarakan..
ReplyDeleteKerajaan kedah masih di bawah kekuasa Pashit lagi ke?kenapa Umno mengswastakan Kuliah Agama tersebut kepada Pas ke @....Pas parti islam tapi tunduk kepada kafir harbi Dapig.
ReplyDelete