Saturday, 30 June 2012

GEMPAR: ARTIS MALAYSIA CUBA NAK JADI "pamela anderson"





kk cuba nak mencari berita terkini utnuk dimuat kat dalam blog...sedang men "klik-klik" kk tejumpa gamba artis Malaysia yang ala-ala pamela tu......


Inilah antara aksi Lana Nordin semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festiva Bunga Api Antarabangsa Indonesi 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Achol.


Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berana berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. 



e-disi : MISI DAP KUBURKAN ORANG MELAYU




Bagi yang masih tidak nampak siapa DAP sebenarnya, saya ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP supaya kita boleh menilai sendiri samaada kita boleh bersama mereka ataupun tidak :-
1. Perlembagaan: Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangna dengan Islam.
2. Malaysian Malaysia. Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat dinegara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi sebaliknya semuanya berbangsa Malasia. Sekali lalu nampak macam tiak ada apa tetapi disebalinya mereka cuba mneghilangkan yang utamanya iedentiti Melayu. Dengan itu secara otomatiknya Islam yang ada pada orang Melayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan.
3. Memeperjuangkan Pluralisma. Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralisma ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama.
4. Memperjuangakn Liberalisma. DAP juga amat kuat meperjuangakan liberlaisma yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamnya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian hak asasi manusia.
5. Menolak hukum Islam. Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum Islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum Islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada Islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini.
Banyak lagi yang boleh dinukilkan terhadap DAP yang tidak memungkinkan mana-mana umat Islam boleh menerima perjuangan mereka. Bagi mereka yang cuba untuk menjernihkan DAP dan mengajak umat Islam menyokong DAP adalah seorang yang dangkal ilmunya. Mungkin mereka ada niat lain yang tersembunyi yang hanya Allah saja yang tahu, Namun mereka jangan lupa bahawa tindakan mereka ini akan menambahkan kekeliruan dikalangan umat Islam dan mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah nanti.

Bila PR jadi kerajaan, DSAI adalah PM, Hj Hadi TPM 1 dan LGE TPM 2. Kira2 inilah gambaran awal yang membuatkan penyokong PR senyum dalam mimpi.
Menteri apa mereka ni?
DAP akan keluarkan bukti skandal seks DSAI yang tersimpan selama ini dan usul undi tak percaya di dewan. Singapore pun banyak bahan bukti yang disimpan selama ini. DSAI akan kantoi sebab semua MP bukan Melayu baik dari BN mahu pun PR akan mengundi tolak DSAI dan akhirnya DSAI tersungkur.
Walau pun begitu TPM 1 tetap gagal ganti PM yang telah tersungkur sebab tak cukup sokongan ahli dewan. Semua ahli dewan bukan Melayu baik dari BN mahu pun PR akan bersatu padu menyokong LGE sebagai PM bukan Melayu Malaysia yang pertama.
Terlukislah sejarah baru, negeri Melayu diperintah oleh bangsa pendatang. Bangsa yang satu waktu dulu merempat, mengemis meminta belas kasihan orang Melayu. Bangsa yang satu masa dulu hanya memakai terompah, singlet dan seluar katok (seluar jerut pendek).
Lepas tu barulah cita-cita LKY selama ini untuk menyertai Malaysia tercapai. Tetapi Malaysia yang dikuasai oleh DAP dan kuncu-kuncunya menajdi jajahan takluk Singapura. Masa tu barulah Melayu pengkhianat itu tahu apa akan jadi pada mereka. Sekarangpun mereka pandang sebelah mata kepada Melayu tak kiralah PAS ke PKR ke, apatah lagi bila sudah dapat kuasa, tentu jadi macam Singapura. Sultan dijumudkan dan dilantik presiden.
Presiden pertama Bangsa Melayu tu adalah Melayu yang terakhir jadi presidennya. Nanti baru lah yang selama ini bersekongkol dengan DAP akan tahu langit tu ting atau rendah. Sesal kemudian tak guna lagi. Pengikut PAS tak pernah percaya benda begini kerana menyangka:"takkan Tuan Guru dua orang tu tak tahu?" Selalu sangat dengar ungkapan begini. Semua mata memandang tok guru mereka bila ada isu. Biasalah tok guru tu pun macam kita juga, bila nampak nak kantoi dan jadi malu, kenalah pusing2 sikit. Lahirlah beberapa fatwa mengarut yang berbelit2. Fatwa baru menggantikan fatwa lama yang dah tak boleh pakai.
PAS rasa depa dapat tambah kerusi, sebenarnya DAP yang makin menonjol sebab orang Cina bersatu, Melayu ... haha... Nuar dah kecaikan jadi ABU. Takkan dapat apa yang dikejar malah hilang pula apa yang dikendong. Sebabnya mudah... TAMAK. Cuba ingat kembali cerita kanak2 "Anjing dengan bayang2". -
Saya harap umat Islam sedar.


Rujukan
aliffmy.blogspot

harta karun di temui selepas berdekad lama mencarinya..

Dua lelaki menghabiskan bahagian yang lebih baik 30 tahun mencari harta karun yang tertanam, yang mana mereka sangat akhirnya ditemui.

Reg Mead, 70, dan Batu Richard, dalam 40-an, dua pengesan logam amatur British yang telah bersungguh-sungguh mencari harta karun dikebumikan mereka selama tiga dekad.Kegigihan mereka dibayar apabila selepas menggunakan pengesan logam yang dipanggil deepseeker mereka mendapati satu koleksi besar syiling Celtic dari abad pertama di Jersey.

















NANTIKAN KEMUNCULAN PROTON SUV PERTAMA




PROTON SUV PERTAMA
MO, KL, 28/6/2012 – Memetik laporan IBISWorld (firma penganalisa pasaran), menunjukkan semenjak tahun 2007 permintaan kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin meningkat.
Mungkin itu yang menyebabkan Proton merangka strategi untuk mengeluarkan SUV pertama mereka.
Proton telah mencipta sebuah model kenderaan berkonsepkan SUV sebelum melancarkan Proton Exora yang diberi nama Proton MSX.
Menurut sumber, penciptaan Proton MSX itu adalah berdasarkan Lotus APX dan mempunyai tujuh tempat duduk.
Memenuhi ciri berprestasi dan berteknologi tinggi, membuatkan kumpulan sasaran pembeli kenderaan itu adalah dari golongan professional dan elit.
Pada masa yang sama, Proton menumpukan enam ciri iaitu gaya, prestasi enjin, teknologi, pemanduan dan pengendalian, kualiti serta keselesaan perjalanan yang pastinya akan menarik minat ahli perniagaan, pemimpin korporat dan selebriti untuk mendapatkannya.
Namun, jika dilihat pada reka bentuk kenderaan itu, ia mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.
 Sumber : mynewshub

PERHIMPUNAN BERSIH : Perwakilan Malaysia Beri Penjelasan Isu Kehadiran Diplomat Singapura









SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura memberi respons terhadap surat yang tersiar dalam akhbar The Straits Times Khamis lalu berhubung dakwaan kehadiran tiga diplomat republik ini pada perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April.

Dalam jawapan itu,, Kaunselor (Politik) Nik Ady Arman memulakan tulisannya dengan menegaskan tentang pentingnya mengenal pasti perbezaan antara tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia dan tindakan NGO serta kumpulan tertentu yang berkepentingan.
Katanya, walaupun kerajaan Malaysia meminta Pesuruhjaya Tinggi Singapura menangani isu ini secara diplomatik, tetapi tidaklah memeranjatkan apabila NGO dan kumpulan lain yang berkepentingan, menunjukkan reaksi masing-masing berhubung isu berkenaan berdasarkan sentimen yang tercetus daripadanya. Seperti yang diduga, begitu jugalah yang dilakukan pembaca dalam surat mereka kepada The Straits Times.
Kedua, beliau berkata, perkara yang perlu juga diambil kira ialah mengenai perbezaan kecil, tetapi tidak kurang pentingnya, antara kehadiran diplomat pada perhimpunan itu dan perhimpunan haram.
Nik Ady berkata, sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak pernah mengehadkan atau menghalang sesiapa daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang sah di sisi undang-undang, tetapi beliau menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu perhimpunan haram.
“Penyertaan warga asing dalam perhimpunan haram tempatan bukan saja boleh mencetuskan spekulasi tentang motif pembabitan mereka, tetapi kerajaan tuan rumah juga akan dipertanggungjawabkan sekiranya diplomat terbabit menjadi mangsa tindakan ganas dalam demonstrasi itu,” katanya.
Beliau berkata, atas alasan inilah diplomat Malaysia sentiasa diperingatkan agar tidak menyertai kegiatan haram ketika berkhidmat di luar negara.

Ketiga, katanya, Malaysia menghargai keputusan kerajaan Singapura menolak permohonan kumpulan tertentu yang menyokong Bersih 3.0 di Singapura, yang jelas beliau, merupakan suatu tanda persahabatan, yang pastinya turut memberi kebaikan besar kepada Singapura sendiri.
“Keempat, adalah tidak benar wujudnya pemikiran bahawa rakyat Malaysia masih menganggap Singapura sebagai ‘adik’. Ramai rakyat Malaysia dilahirkan selepas atau mempunyai pengalaman yang amat sedikit tentang pemisahan (antara Malaysia dan Singapura pada 1965).
Bagi mereka, kata Nik Ady, Singapura adalah sebuah negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.
Beliau berkata kejayaan jiran terdekatnya adalah penting bagi Malaysia, kerana “kami amat sedar bahawa kemakmuran hanya boleh dikecapi apabila jiran kami juga berjaya”.
Nik Ady berkata, perdana menteri kedua-dua negara berpandangan jauh apabila mereka tidak mengungkit sejarah lampau dan ini terbukti melalui kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dua hala yang begitu memberangsangkan.
Pada 22 Jun, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Ong Keng Yong untuk menyatakan kepada beliau bahawa “penyertaan secara langsung diplomat berkenaan dalam perhimpunan haram itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan”.
Suruhanjaya Tinggi Singapura menafikan diplomat republik ini menyertai perhimpunan itu dan menjelaskan bahawa mereka hadir sebagai pemerhati, yang merupakan sebahagian daripada “tugas diplomatik mereka”.
- BERNAMA

AUUUWWW : KANTOI LAGI " ANAK PAPA" NI



TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. 

Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA( Sepanyol ) merangkumi perolehan da buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. 

Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. 

Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. 

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. 

Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. 

Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. 

Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. 

Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. 

Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. 

Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

KREDIT : Dr MIM

Friday, 29 June 2012

BETUL KE ARTIS MALAYSIA NIKAH DI SEBERANG



apa makna semua ni.............? sekadar peringatan bagi yang belum menikah...

GEMPAR : JOM TENGOK KERETA PEMAIN BOLA SEPAK EURO


Zlatan Ibrahimovic - Ferrari Enzo Ferrari

Nicklas Bendtner - Audi Q7 V12 TDI
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Jerome Boateng - Mercedes-Benz CLK 63 AMG Black Series
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Mesut Ozil - Ferrari 458 Italia Anderson Germany Black Carbon Edition
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Frank Lampard - Ferrari 458 Italia
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Wayne Rooney - Mercedes-Benz CLK DTM AMG
6What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Eric Abidal - Porsche Cayenne ENCO Exclusive
7What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Franck Ribery - Lamborghini Gallardo LP560-4 Spyder
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Jeremy Menez - Mercedes-Benz CLS 63 AMG C218
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Karim Benzema - Mercedes-Benz SLR McLaren
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Mathieu Valbuena - Lamborghini Murcielago LP640-4
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Dirk Kuyt - Aston Martin Rapide
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Gregory van der Wiel - Mercedes-Benz ML 63 AMG W164
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Khalid Boulahrouz - Bentley Continental GT Speed
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Nigel de Jong - Porsche Cayenne TechArt Magnum
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Robin van Persie - Audi S5 Sportback
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Wesley Sneijder - Dodge Challenger SRT-8
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Artem Milevskiy - Mercedes-Benz G 55 AMG
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Cristiano Ronaldo - Ferrari 599 GTO
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Nani - Land Rover Hamann Range Rover Sport
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Antonio Lopez - Porsche Cayenne TechArt Magnum
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Carles Puyol - Audi RS6 Avant C6
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive
Emir Bajrami - BMW M3 E92 Coupe
What the Top Football Players of Euro 2012 Drive


KK CUMA HARAP SUATU HARI NANTI PEMAIN MALAYSIA PUN ADA YANG MAMPU MEMILIKI KENDERAAN CAMNI..... TAPI BIARLAH SETARAF BAKAT YANG ADA.....