Sunday, 31 March 2013

Masyaallah !! Pengakuan Berani kupu-kupu Malam RM100 sekali "main".



Pengakuan seorang gadis yang terlibat dalam aktiviti sosial (pelacuran) sehingga sanggup menggadai "perawan"..... 


Maksiat dan masaalah sosial di kelantan Pun salah UMNO juga....Jika bangsa itu jatuh nilai moralnya maka lambat laun ketamadunannya akan turut jatuh ini termasuk ekonomi, sosial dan politik bangsa itu.
Dengan menjelaskan hadith nabi Muhammad bahawa baginda diutuskan untuk membawa agama Allah bagi membaiki akhlak manusia, Abdul Hadi berkata Hudud itu bertujuan mendidik manusia manakala hukumannya adalah untuk menakutkan mereka yang melakukannya supaya menghindarkan perbuatan itu seperti berzina, mencuri, pecah amanah, murtad dan mengkhianati orang Islam yang lain, melakukan fitnah ke atas orang yang baik dan membunuh.
Kesemua ini memberi implikasi terhadap moral atau akhlak bangsa. Dari penjelasan itu adakah kita melihat Kelantan pimpinan Nik Abdul Aziz membawa ke arah membaiki akhlak rakyat Kelantan ataupun hanya sibuk berpolitik dengan menjahiliyahkan semua pihak kecuali Pas, tanpa mengendahkan pembangunan moral rakyatnya.
Fikirlah di mana Hudud yang didabik Nik Aziz, Senyap saja malahan negeri-negeri pembangkang sekarang tidak mahu melaksanakan Hudud di negeri mereka. Ini bermakna perjuangan Pas kini bukan lagi untuk Islam tetapi untuk menang pilihan raya sahaja.
sumber.


Masyaallah !! Ini bukan yang tok guru wariskan_ @nikabdulaziz @abby_abadi112


Beginikah sikap seorang yang dianggap pemimpin yang kononya berjuang dilandasan Islam. Dicanang di setiap pelusok mereka perjuang Islam sedangkan apa yang mereka lakukan kini sebaliknya.PAS bukan tidak asing jika sikap dan kelakuan mereka seperti orang munafik sejak mula menjalinkan hubung "mesra" dengan DAP serta PKR. 

Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang. 

p/s : Inilah hasil yang pembenihan dikeluarkan apabila PAS berkahwin dengan DAP dan PKR. jauh lari dari apa yang disasarkan.

Kisah dan tauladan : IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS @inspirasiislami



kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

Kredit: Crime Watch 


sumber

#LahadDatu : Gempar !!! Kelibat roh pengganas di Kampung Tanduo. @PDRMsia


Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.



Parah !! Gadis Lari Dari Rumah Ikut Kenalan Facebook.


ALOR SETAR: Seorang gadis berusia 17 tahun hilang sejak Sabtu dipercayai melarikan diri dari rumah bersama kenalan lelaki yang dikenalinya di Facebook.
See Yuan Ping dari Kota Sarang Semut dipercayai melarikan diri dri rumahnya di Taman Kota Jaya di antara tengah malam dan 5.30 pagi pada Sabtu.
Ibu bapanya, See Eng Hua dan Yeow Geek Sean, masing-masing berusia 46 tahun merayu agar dia pulang dengan selamat.
Difahamkan Yuan Ping menaiki bas ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.30 pagi Sabtu dengan seorang penganggur yang dikenali sebagai Ooi Kit Yee, 21.
Yuan Ping gagal dihubungi oleh kedua-dua ibu bapanya kerana telefon bimbitnya telah dimatikan.

#PRU13 : Panduan Menjelang PRU-13 Dalam Kit Jom Bertindak. #JomBertindak

Menjelang pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan 'Kit Jom Bertindak' bagi membantu rakyat Malaysia menunaikan hak mengundi mereka dengan betul.

Kit yang diperkenalkan melalui laman Facebook perdana menteri pada 18 Mac itu antara lain mengandungi buku panduan mengundi dengan maklumat ringkas dan mudah berkaitan proses itu.

Buku setebal 12 halaman itu memberi panduan langkah demi langkah bagaimana seseorang pengundi perlu menyiapkan diri untuk menunaikan hak mereka dengan cara yang teratur.

Ia mengandungi 10 tajuk berkaitan pengundian termasuk syarat kelayakan mengundi serta cara menyemak status daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut dimuatkan beberapa tips berguna pada hari mengundi termasuk membawa kad pengenalan, hadir di tempat mengundi mengikut masa yang ditetapkan dan memeriksa saluran khas untuk warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil.

Pemilih juga diberi gambaran melalui ilustrasi pelan tempat mengundi serta penerangan ringkas apa yang perlu dilakukan agar proses pengundian berjalan lancar.

Buku itu turut menjawab beberapa persoalan popular berkaitan peraturan baharu yang diperkenalkan SPR seperti status dakwat kekal yang akan digunakan dan kelayakan undi pos selain tindakan lanjut yang perlu diambil jika kad pengenalan hilang sebelum mengundi.

Tata cara menanda kertas undi dengan betul turut diperjelas melalui ilustrasi ringkas kerana cara penandaan yang salah boleh mengakibatkan sesuatu undi itu menjadi undi rosak.

'Kit Jom Bertindak' sedang diedarkan secara percuma dan mana-mana individu berminat boleh memohon melalui laman web www.1Malaysia.com.my.

Selain buku panduan, kit itu turut mengandungi pelekat, pelekat kereta, pen dan pin kolar Jom Bertindak.

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRU-13: Persaingan Sengit Bergolak Di Kedah

BN Dalam Misinya Untuk Tawan Kembali Negeri Yang Jatuh Di Tangan PAS Yang Sebaliknya Nekad Pertahankan Kubu

PERSAINGAN untuk menawan Kedah semakin sengit, dengan PAS nekad mempertahankan kubunya apabila Barisan Nasional (BN) bergerak secara ofensif mahu mendapatkan semula kawasan yang jatuh ke tangan parti di bawah Pakatan Rakyat.

PAS mengambil kesempatan daripada kelemahan BN untuk menang di negeri itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Ia merupakan satu kekalahan yang pahit buat BN, apabila ia hilang 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 daripada 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, BN kini mempunyai peluang untuk menentang berikutan Pakatan Rakyat dilemahkan oleh persaingan sesama sendiri secara dalaman.

Bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Kedah bukan hanya melihat pertembungan antara calon BN yang berpotensi dijadikan sebagai Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini memegang jawatan itu, malah ia turut dapat menyaksikan di kalangan atas pagar untuk mengubah undi.

Hal lain adalah undi rosak di Kedah yang terpaksa diambil kira pada pilihan raya umum yang lepas, apabila semua kawasan parlimen dan DUN yang mencatatkan sejumlah undi rosak.

Dalam kes tertentu, undi rosak jauh melebihi dari kiraan undi majoriti.

Ianya mempunyai kaitan untuk parti-parti politik untuk mendengar rungutan bagi mengalihkan cubaan sejumlah besar merosakkan undi yang boleh mengubah keputusan.

BN Kedah pada pilihan raya umum 2008 dilihat mengabaikan tanda-tanda ketara yang menunjukkan berlakunya perubahan sentimen rakyat.

Beberapa tanda begitu "jelas" seperti golongan belia menggunakan wang belanja mereka untuk membeli bendera PAS untuk menghiasi kawasan kejiranan mereka, tidak ramai yang hadir pada majlis yang dihadiri perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuashatian di kalangan akar umbi.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, realiti itu disedari beliau pada pagi hari pengundian apabila beliau melihat bendera PAS berkibar di kuil Hindu.

"Saya sedar bahawa kita akan kehilangan negeri. Tetapi sudah terlambat," katanya.

Kali ini, pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan akan membuat kesilapan yang sama dengan mengabaikan tanda-tanda kecemasan.

Antara tanda-tanda yang paling jelas ialah tidak ramai yang hadir pada ceramah Pakatan Rakyat, terutama di kawasan majoriti orang Melayu.

Ceramah-ceramah PAS sentiasa mendapat perhatian ramai di Kedah malah sewaktu BN memerintah negeri itu, apabila orang ramai sanggup duduk berjam-jam untuk mendengar isu-isu politik.

Pemain dan Perbalahan.

Umno dan PAS merupakan barisan hadapan dalam politik Kedah, dengan kedua-duanya menjadi parti utama, masing-masing dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Dalam BN, Umno bertanding sejumlah besar kerusi DUN (28), diikuti MCA (4), Gerakan (2) dan MIC (2) di negeri di mana pengundi Melayu merupakan lebih 76 peratus pemilih.

Bagi kerusi Parlimen, Umno bertanding sebanyak 13 kerusi, manakala MCA dengan dua kerusi. Sementara keadaan sedia ada tanpa perubahan dalam Barisan, tekanan memuncak dalam Pakatan Rakyat.

PAS pada pilihan raya umum yang lepas bertanding 24 kerusi, diikuti PKR (10) dan DAP (2).

Enam kerusi Parlimen dimenangi PAS dan lima oleh PKR.

Pertelingkahan mengenai peruntukan kerusi mungkin akan mengubah keadaan apabila DAP sedang berusaha untuk mendapatkan tambahan empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Semua kerusi tambahan yang diinginkan DAP telah diperuntukkan kepada PKR.

Pada pilihan raya umum yang lepas, DAP hanya bertanding di kerusi DUN Derga dan Kota Darulaman.

Derga menyaksikan persaingan tiga penjuru antara DAP, PKR dan Gerakan. Jika PKR menolak untuk memberikan kerusi yang dituntut oleh DAP, terdapat kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru di beberapa kawasan.

DAP menuntut beberapa kerusi apabila keyakinan pengundi terhadap PKR semakin terhakis berikutan empat wakil rakuatnya telah keluar dari parti.

Cubaan Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk menumbangkan Azizan juga tidak begitu berjaya dengan akar umbi.

PKR sedang merancang untuk meletakkan setiausaha agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kulim-Bandar Baharu, sebagai langkah untuk "memperkukuhkan" kedudukannya di Kedah.

Bagaimanapun, para pemimpin yang menjadi pilihan pimpinan tertinggi tidak semestinya merupakan calon boleh menang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diberikan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pendang di Kedah atau kerusi Titiwangsa di Wilayah Persekutuan.

PAS akan melihatnya sukar untuk mempertahankan negeri terutama pertelingkahan dalaman dan kurangnya sinergi antara parti komponen Pakatan Rakyat yang melihat parti Islam itu mempertahankannya.

Barisan juga boleh menjadi berpengaruh berdasarkan kegagalan Pakatan Rakyat untuk memenuhi janji dan manifesto pilihan raya 2008.

Antara janjinya ialah menubuhkan institut Ar-rahn untuk golongan berpendapatan rendah, mengurangkan takrif air, menyediakan perlindungan Takaful kepada warga emas, dan membina kemudahan sukan yang mengkhususkan untuk wanita.

"Pada 2008, mereka berjanji untuk tidak menaikkan takrif air. Tetapi pada 2010, takrif air dinaikkan sehingga 100% di Kedah," kata Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Barisan belum lagi mengumumkan calon Menteri Besar secara rasmi sekiranya mereka dapat menawan semula negeri itu.

Tetapi semua pihak melihat Mukhriz sebagai calonnya sekiranya beliau bertanding.

Calon dan Kerusi Panas.

Muka-muka baru yang dilihat melebih 40% sebagai calon-calon Barisan.

Antara calon-calon baru yang berpotensi ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Sahlan Ismail yang kemungkinan bertanding pada kerusi Parlimen Pokok Sena bersaing dengan Datuk Mahfuz Omar yang kini menduduki kerusi parlimen itu.

Sahlan juga merupakan adik kepada setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution.

Antara wakil rakyat Barisan yang akan digugurkan ialah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sharif.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding.

Azizan dikatakan mungkin akan menerajui Kedah, yang akan mengecewakan segelintir pemimpin PKR dan DAP.

Saifudin dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan antara mula lama yang mungkin kembali dalam politik Kedah.

Dua kerusi panas yang sedang ditinjau ialah Ayer Hitam di mana Mukhriz mungkin akan bertanding, dan Bukit Limau di mana mungkin akan dipertahankan oleh Azizan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 30 March 2013

Video (PART II) : Siapa Lelaki yang sanggup "menganiaya" Ustza Ibrahim Libya ? @mainstreamedia




PAS adalah punca insiden mamali..Namun Alhamdullillah Allah berikan rakyat keturunan bijaksana supaya dapat menilai perkara silam pada masa kini...bangkitlah wahai anak muda guna akal fikiran untuk memakmurkan Malaysia...BERSYUKURLAH keamanan Allah beri di bawah pimpinan Kerajaan yang sedia ada demi Agama Bangsa dan Negara.

Video Tragedi Memali Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelitkan oleh pembangkang terutamanya PAS bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Alhamdulilah Allah telah menunjukan kebenaran di sebalik peristiwa terbabit. Bukan orang lain tetapi si ayah ibrahim libya sendiri yang mengupas peristiwa apa yang berlaku kepada 
ananknya pada masa itu.

Apa yang berlaku ini semua adalah ajaran sesat yang di bawa oleh PAS melalu amat Hj Hadi. Lihatlah sampai begitu sekali amanat dan menghalal darah semasa ISLAM memecahkan perpadua serta merosakan pemikiran sehingga penduduk kampung mcam di rasuk syaitan.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :


Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang

Part ( 1)


Berikut merupakan rakaman Video, Pengakuan Bapa kepada Ustaz Ibrhim Libya yang menyatakan kekesalan dengan sikap taksub anaknya itu. Bapa ini,  juga  tidak merasa sedih dengan apa yang berlaku (Peristiwa Memali) kerana baginya apa yang berlaku adalah mereka yang terlibat tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. 

Malah Ibrahim Libya sendiri terpengaruh dengan dakyah sonsang yang di bawa oleh ahli politik, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. 

Bapa Ibrahim Libya sendiri membuat pengakuan tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.
bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.




Gempar !!!! Ceramah Cg Non Memali di Pekan Bakal Cetus 'HuruHara" dalam PAS . #savekedah #TolakPR



Dari orang Baling untuk Rakyat Baling.... Jom kita dengar kupasan dan penjelasan dari Cikgu Non yang selama ini berjuang dengan "AMANAT HJ HADI" sehinggakan sanggup mengkafirkan IbuBapa sendiri.

Jom orang Baling, kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal yang waras... 

Sedikit berkenaan Cg. Non.

Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.''

Oleh Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia


[Video] Teksi ini dijadikan Tempat Solat.


 Tiada lagi alasan untuk tidak solat.



Awas !! Negara bakal Huru hara semasa #PRU13 #TolakPR #GE13"



Dokumen di atas mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. Siri kekacauan terancang dengan membuat kecoh di tempat pembuangan undi semasa PRU13 kelak.

Berniat menimbul kekecohan dan kekacauan semasa proses pembuangan undi dengan harapan akan ada campurtangan asing serta menimbulkan 'persepsi' negatif dari pihak luar terhadap proses pengundian di Malaysia.

Siri keganasan menjadi rancangan utama PKR yang didalangi oleh pihak asing selepas beberapa siri keganasan dan kekacauan yang sebelum ini gagal. Antaranya Himpunan Bersih, HKL dan yang terbaru sekali Keganasan di #LahadDatu. 

Kesepakatan pemimpin dalam Pakata Haram sememang jelas kemaruk untuk mengusai Putrajaya. Walhal mereka alpa yang rakyat semakin celik dan bijak memilih pemimpin dan kerajaan. Rakyat tidak mahu pemimpin penuh dengan video seks dan rasuah malah sanggup jual maruah.

Oleh itu, marilah seluruh Rakyat Malaysia yang sentiasa sayangkan negara mendoakan kesejahteraan, kemakmuran agar Malasysia sentiasa dalam Aman dan Damai.

arghhhhh !!! Aksi terkam mirip MP pembangkang ala Filem hollywood. @AzminAli

Siapa aku tak boleh tahan godaan dia tak tahan godaan aww !!! cara dia bercakap merengek >>>>>> 




Video ini ada sambungannya dan apa yang diminta kepada semua adalah untuk menilai dan meneliti siapa sebenar lelaki ini.....

Apa isi perbincangan sehinggan lelaki mirip personaliti terkenal sanggup datang semata untuk berjumpa dengan remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan.... apakah aksi terkam di akhir video merungkai segala-galanya. 

' Ini Semua salah BN _ @cmlimguaneng" #UbahPeneng #SavePenang #TolakPR #ManifestoBukanJanji #PRU13 #GE13


Isu kos pembinaan terowong bawah tanah yang meningkat dari harga asal sebanyak RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN, H’ng Khoon Leng,  yang mendesak  Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri supaya memberi penjelasan berkenaan hal itu




kejayaan Pulau Pinang adalah palsu, dengan mencatatkan kadar dalam keluaran kasar negatif 1.8 peratus berbanding peringkat nasional iaitu 5.4 peratus dari 2008 hingga 2010.
DAP telah mencipta persepsi bahawa mereka telah mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak RM600 juta.



Idea Lim Gung Eng untuk membina kelab golf bertaraf antarabangsa, terowong bawah tanah dan membaiki pengangkutan awam hanya kekal sebagai ilusi," katanya lagi sambil berkata pencapaian negeri itu menerima pelaburan asing yang merosot.

Sumber dari bernama pula menjelaskan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hari ini meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung kedalaman projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. 

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar, berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan maklumat terperinci berhubung projek itu memandangkan lokasi pembinaannya pastinya akan menyekat laluan kapal-kapal besar di sebelah utara, sekali gus mempengaruhi operasi PPSB. 

"Kita nak tahu berapa kedalaman terowong itu nanti... mereka (kerajaan negeri) kata 14 meter. Kita mahu 17 meter ke 20 meter. Apa akan berlaku sekiranya terowong itu, menyekat laluan kapal. 

"Kita tak tahu apa akan berlaku pada tahun 2025, 2030.. kapal semakin besar dan laluan kapal perlu lebih dalam, baru kapal boleh masuk," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja PPSB, di sini. 

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq. 

Ahmad berkata, kerajaan negeri sepatutnya berbincang dengan PPSB terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membina terowong dasar laut berkenaan. 

"Kami dijemput selepas mereka membuat keputusan membina terowong, ini tidak adil dan ini bukan caranya," katanya. 
Sementara itu, Nor Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri menjemput orang awam berbincang selepas memutuskan untuk membina terowong itu jelas membuktikan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri. 


"Kepimpinan yang baik, cara dia buat kerja sebelum buat satu keputusan dia akan bincang dengan semua pihak berkepentingan yang terbabit. 

"Lepas tu buatlah keputusan. Itu cara seorang pemimpin sebuah kerajaan yang bijaksana, tahu mentadbir," kata Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor. 

Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar berasingan di sini Ketua Publisiti Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Cheng Liang berkata, BN Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan terowong dasar laut itu kerana ia akan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang berikutan kapal-kapal besar akan dihalang memasuki kawasan pelabuhan. 

"Selama ini, lebih 90 peratus pelabur membawa masuk barangan melalui jalan laut kerana kos lebih murah dan jika mereka gagal berbuat demikian pasti Pulau Pinang akan terjejas teruk terutama pekerja kilang dan industri hiliran," kata Tan yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. 

Katanya, BN negeri juga mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai 'salah taip' kos pembinaan projek terowong berkenaan tindakan itu didakwanya cuba menipu rakyat Pulau Pinang. 

"Bagaimana semua itu (salah taip) boleh terjadi sedangkan perjanjian bagi projek berkenaan membabitkan syarikat luar negara, adakah syarikat itu juga melakukan perkara sama (salah taip). 

"Rakyat Pulau Pinang perlu tahu perkara sebenar kerana ia (projek terowong) membabitkan kos yang besar. Sudah sampai masanya rakyat negeri ini buka mata dan minda, lihat permainan kerajaan negeri yang cuba menipu (rakyat Pulau Pinang)," katanya. 

Akhbar melaporkan, Lim memberi alasan berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos sebanyak RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion. - BERNAMA

Pilihlah Kerajaan yang sentiasa sayangi dan kasihi Rakyat. #BNBagus #Transformasi #Vote4BN #Najib4PM #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #GTP #ETP#BetterNation

Rakyat diingatkan bijak memilih dan tidak memperjudikan masa depan negara dengan meletakkan kepercayaan serta penggantungan kepada kerajaan yang kurang berpengalaman dan tidak pernah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara.

kerajaan Barisan Nasional (BN) patut mendapat sokongan penuh rakyat kerana bukan sahaja kukuh dan mampu mentadbir negara ini dengan baik malah telah terbukti mampu mengurus dan menempuh cabaran dan menunjukkan keupayaannya untuk pulih dari krisis ekonomi Asia pada tahun 1997.

semasa krisis berkenaan, kerajaan di bawah BN telah membuat langkah yang betul dengan tidak meminta bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan kaedah berkesan yang lain untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dan mengemudi negara keluar daripada krisis ekonomi masa itu.

Malahan Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.

Seharusnya rakyat teruskan menyokong kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terbukti mampu menangani krisis ekonomi serta berkeupayaan menstabilkan ekonomi dan politik negara.

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan; sementara pendapatan isi rumah meningkat pada 2009.

Sasaran Rancangan Malaysia Ke-10 dicapai 3 tahun lebih awal. Tahniah kerajaan @barisanasional


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 29 March 2013

Masyaallah !!! [video] Ketua jentera PKR "puaskan nagsu ghairah depan laptop" #TolakPR @AzminAli

Terkedu melihatkan gelagagat orang kuat PKR Bandar Baru melacap depan laptop. Jijik sungguh perangai puak-puak PR ini. mungkin depa ikut perangai Ketua Umum yang amat dikenalu bukan dengan sikap kempimpinan tetapi dengan babak asamara panas tak kiralah dengan perempuan atau lalaki.




Beberapa keping lagi gambar kat bawah ini.


Kalau korang nak tengok video ataupun lebih banyak gambar serta biodata Makhluk PKR ini klik kat link ini.TUDIAA!! 'Seks Luar Biasa PKR' 

Panas !!! "Pelajar #KUIN K. Ketil "Kami bukan hidup di 'Zaman paleolitik' (Nomad)" . #savekedah @MukhrizMahathir




Gambar kiriman menunjukan 4 buah Bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar KUIN yang ditempat beberapa penginapan di Daerah Baling. Bayangkan pelajar-Pelajar tersebut terpakasa melalui jarak perjalanan dari tempat penginapan di Baling ke Kuala Ketil hampir 45 minit.  

kasihan sungguh mengenangkan nasib mahasiswa yang memohon untuk menginap asrama di Kuala Ketil namun sehingga kini asrama di Kuala Ketil belum-dapat disiapkan walaupun Jamil hanya berjanji 4 minggu sahaja dan kini dah masuk lebih 2 bulan asrama pelajar gagal disediakan dalam kampus KUIN.

Ap yang malangnya , pada hari ini semua mahasiswa yang menginap di asrama sementara di Sedim Kulim dan PLKN Baling dipindahkan pula buat kali ketiga ke SMA Yayasan Khairiyah baling.

Sebelum ini mereka dipindahkan ke Jitra kemudian ke PLKN Baling dan Sedim Kulim , kini penempatan mereka di asrama pelajar Yayasan Khairiah Baling. 

Dalam insiden hari ini , apabila pelajar somalia tiba dan melihat penginapan yang terdapat di yayasan KHairiyah mereka memberontak seolah-olah mereka ditipu kerana perkhidmatan keselesaan dan kemudahan amat jauh berbeza . Mungkin disebabkan ketakutan dan bimbang  pihak pelajar warga asing membuat laporan ke KPT , lantas pelajar dari Afrika itu terus dipindahkan dengan sebuah bas ke sebuah lokasi penginapan yang lebih selesa bertaraf chaley/motel di Baling.

Persoalan , bagaiman nasib anak bangsa dan warganegara kita. Adakah dengan sebab mereka tidak memberontak mereka harus patuh dengan  perpindahan yang mengganggu sesi pengajian mereka ? Zalim sungguh .....

Jangan buat pelajar macam bola ... team BERSIH KUIN mendesak agar penginapan pelajar diberikan dengan situasi lebih selesa dan berhawa dingin seperti yang dijanjikan dalam bilik kuliah Kuala Ketil. Berita Kuin

Selepasa musim cuti persekolahan tamat, kemana pelajar KUIN ini akan di pindahkan pula ? kerana Asrama di Yayasan Khariah akan digunakan oleh pelajarnya sendiri. 

P/S : Siapa sangka selama ini apa yang dicanangkan oleh gerombolan Regim pemimpin PAS diatas pentas ceramah indah Khabar dari rupa.