Thursday 7 March 2013

Panas !!! Dr Mashitah Masuk Balai Polis Baling @PDRMsia angkara si "jahanam" @tianchua. #LahadDatu @BeritaHarian @NajibRazak



Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam,Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW.

Jika sebelum puluhan malah sudah ratusan laporan polis di buat oleh pelbagai NGO dan juga Badan politik berhubung dengan kenyataan biadap oleh "barua" DAP yang juga "menantu" kesayangan Anuar Ibrahim ini.Tian dalam kenyataan di twitter miliknya sejuruh selepas serangan yang mengakibatkan gugurnya pahlawan negara, cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kental, Pergerakan Wanita UMNO Baling tampil  memelalui ketuanya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim membuat laporan Polis di Balai Polis Baling. kira jam 9.00 pagi bersama AJK Wanita UMNO Bahagian Baling. Jika sebelum ini, Puteri UMNO Baling tampil membuat pekara yang sama. 

Selain itu juga, AJK wanita UMNO bersama Ketua Wanita mengadakan bantahan ringkas di hadapan Balai Polis dengan menaikan sepanduk mengutuk Tian Chua, " HaramTian Chua  di Bumi Mlaaysia" serta mendesak kerajaan mengamil tindakan terhadap Tian Chua " Sumbat tian chua dalam Lokap". 

Bantahan aman mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua serta lain-lain parti yang telah memperkecilkan pasukan polis terutama yang menyatakan ini semua satu sandiwara yang dimainkan sehingga membawa kepada kematian anggota dan pegawai kita di Sabah.

Bantahan   tersebut diadakan bagi menunjukkan simpati terhadap keluarga pahlawan-pahlawan PDRM yang telah gugur menangani krisis di Sabah. 



Tian Chua sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat, susulan kejadian serangan ke atas pasukan keselamatan negara yang mengorbankan dua anggota polis. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan sebuah negara yang aman dan sejahtera dengan sikap tolenrasi pelbagai kaum marilah kita panjatkan doa kepada yang esa, agar kita di lindungi oleh Nya. * kepada yang bukan beragama islam sesuaikan dengan kepercayaan agama masing-masing.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami rakyat Malaysia memohon kepada Mu 
Selamatkan lah Agama Islam di negara iniSelamatkanlah iman kamiSelamatkanlah negara kamiSelamatkanlah keluarga kamiYa Allah Lindungilah kami dan peliharakanlah kami dariPara kafirin dan para munafiqin yang sedang berusaha untuk merosakkan iman kami, iman keluarga kami dan iman saudara kami.Ya AllahPelihara lah kami dari cubaan para kafirin dan munafikin yang mahu menghuru harakan negara kami. Gagalkan lah cubaan mereka Ya Allah.Ya Allah Hanya kepada mu kami memohonHanya kepada mu kami meminta pertolonganHanya kepada mu kami berlindungSelamatkan lah Agama dan negara kamiAmin ya Robbal a'lamin.

No comments:

Post a Comment