Thursday 27 December 2012

@ustazfathulbari (UFB) Menemplak Guan Eng. #DAP


SHAH ALAM: Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP).

"Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkaitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.

Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian."Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah. Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan,"Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.
Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.

"Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu.

Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak

No comments:

Post a Comment