Sabtu, 1 Jun 2013

Rakyat Malaysia ditahan Polis Thailand bantu kes serangan kerabat diRaja Kedah. @PDRMsia

Gambar hiasan.

Lima orang, termasuk dua rakyat Malaysia, telah ditangkap oleh polis Thailand berkaitan serangan ke atas pengawal peribadi kerabat diraja Kedah di sebuah hotel lima bintang di Phuket.

Pegawai Penyiasat Kanan Polis Daerah Sadao Mejar Phaiphana Phetyen berkata mereka menahan dua rakyat Malaysia kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Dua wanita Thailand dipercayai isteri mereka juga ditahan bersama-sama dengan seorang lelaki tempatan Thailand di Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam.

"Pasukan polis menyerbu sebuah bilik hotel di Danok dan menahan seorang lelaki tempatan. Kami kemudian menahan empat lagi individu yang terdiri daripada dua rakyat Malaysia dan dua wanita tempatan dipercayai isteri mereka. Kami merampas wang tunai 14,000 baht (RM1,432), RM500 dan kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan untuk percutian," kata Mejar Phaiphana.

"Motif serangan masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Phuket Chote Chawalwiwat dilaporkan berkata dua adik-beradik Thailand masing-masing ditahan di Songkhla di daerah Sadao dan Sikao di daerah Trang.

Pada Selasa malam, pengawal peribadi Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Mohd Sobri Said mengalami kecederaan di kepala selepas empat lelaki menyerang beliau di dalam bilik di Millennium Resort, Patong.

Mstar.

KK : Diharap dalang sebenar disebalik serangan tersebut ditangkap.. Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah