Thursday 6 June 2013

#SudahCukupSudah penghinaan dilemparkan. Melayu tidak pinta emas permata, tidak pohon harta berjuta . @tv3malaysia

Menghina Raja, menghina Jata Negara, menterbalikkan bendera, berdemonstrasi seluruh negara, mempersoal pelbagai hak yang termaktud dalam perlembagaan negara.


Cadang Gubal Undang-undang Kesalahan Derhaka Kepada Raja.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Beliau berkata meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia perbuatan yang berbeza.

Kata beliau, undang-undang khas patut digubal mengenai apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka.

Undang-undang itu sesuai katanya kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa raja.

Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara.

Datuk Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara tidak membolehkan mana-mana individu mempersoal kuasa, hak dan keistimewaan raja yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Malahan, sesiapa yang cuba mengapi-apikan penghapusan institusi raja dalam parlimen sekalipun, boleh didakwa di mahkamah walaupun mereka kebal untuk membincangkan perkara-perkara lain di dalam dewan._tv3

KK : Apakah kita rakyat negara ini menyedari bahawa perbuatan 'menghina' institusi raja akan membawa negara kekancah yang sangat merbahaya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment