Panasnya cuaca politik di Perlis, lebih hebat daripada di Terengganu atau Kelantan yang Pedang terjah baru-baru ini.
Pedang terus terang cakap – berebut kerusi di kalangan orang UMNO Perlis tak habis-habis. Masing-masing nakkan orang mereka menjadi calon, tanpa mengira sokongan akar umbi.
Susah Pedang nak cakap. Mungkin betul bila orang parti Pakatan Harapan (Harapan) cakap, dalam UMNO Perlis banyak krisis. Negeri lain, Menteri Besarnya adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, tapi Perlis tidak.
Kenapa? Mestilah ada sebab atau ‘krisis ketidakpercayaan’.
Tak yakin MB Perlis, Datuk Azlan Man boleh kendalikan UMNO negeri, sebagaimana cerita yang Pedang dengar bahawa Azlan sendiri kalau kekal bertanding di DUN Pauh, akan kalah. Sebab itu, Azlan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
Buat apa nak berebut. Kekalkan yang sedia menang pada PRU13 dulu dan letakkan muka baru di kawasan yang kalah. Kalau nak ubah pun, hanya ubah kawasan – daripada DUN pindah ke Parlimen. Pedang yakin BN akan terus mengekalkan pentadbiran jika berbuat demikian.
Pedang dengar cerita ada beberapa muka lama yang sudah lebih dua penggal menang akan digugurkan. Muka-muka lama ini pula disukai oleh orang PAS, Harapan dan orang UMNO sendiri.
Pedang sendiri jumpa orang PAS dan Harapan bertanya di kalangan pemimpin UMNO, siapa yang mereka suka dan akan pilih jika menjadi calon. Mereka jawab orang ini lah, sebab dia banyak membela rakyat, menjadi ‘check and balance’ dalam kerajaan Perlis sendiri.
Adik Pedang pun kuat dalam politik – PAS. Tapi dia suka kepada pemimpin UMNO yang boleh bertindak demi kebaikan rakyat.
Pedang balik Chuping baru-baru ini, merata tempat Pedang temui orang kampung. Buah harumanis pun sedang berputik, malah di sesetengah tempat dah boleh petik pun. Pedang jumpa akar umbi tak kira sama ada Pas, Harapan atau orang UMNO sendiri.
Apa dicakapkan. “Kami lihat individu yang boleh berkhidmat. Kami tak lihat parti.” Orang PAS dan Harapan pun cakap pada Pedang “kalau individu itu mewakili UMNO dan bertindak membela rakyat seolah-olah seperti pembangkang, kami akan sokong dia. Sebab dia adalah pembela rakyat”.
Rakyat Perlis dan boleh berfikir. Walaupun, pada PRU13 lalu calon-calon UMNO ini menang dengan majoriti di bawah 2,000 undi, cuba bayangkan berapa sangatlah keseluruhan jumlah pengundi di sesuatu kerusi DUN di Perlis.
Pedang lihat kalau UMNO Perlis salah letak calon, mengetepikan ‘orang lama’ yang sudah lebih dua penggal menang, tetapi masih mendapat sokongan rakyat, bersiap-siaplah untuk serah kerusi pentadbiran kepada Harapan atau PAS.
Ahli dalam parti perlu menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan, lupakan dahulu mengenai pemilihan parti, yang ada sengketa dan berselisih faham lebih baik ketepikan demi kemenangan parti BN pada PRU14.
Untuk Calon BN yang akan bertanding di kerusi Prlimen dan DUN, BN mengekalkan DSP Azeez Rahim bagi kerusi Parlimen Baling (P16). KK memang dapat mengangak DSP Azeez akan terus diberikan kepercayaan untuk terus berkhidmat di Baling kerana kerja buat serta keupayaan DSP memang sudah terbukti.
Kejutan berlaku dikerusi DUN Bayu N30 apabila calon dari pemuda Mohd Noor Mohd Amin diangkat menggantikan Dato Azmi Bin Che Husain yang telah pun berkhidmat sebagai YB di kwasan tersebut selama 2 penggal.
N31 DUN Kupang, Datuk Harun Aziz di berikan kepercayaan untuk terus berkhidmat bagi kelansungan UMNO/BN disini. Datuk Harun merupakan penyandang untuk kerusi DUN Kupang.
Penyelaras DUN Kuala Ketil N32 Datuk Khairul Azhar sekali lagi mendapat kepercayaan kempimpinan BN Negeri Kedah untuk mewakili BN merampas DUN Kuala Ketil dari pembangkang. Pada PRU 13 Datuk Khairul Tewas kepada calon PAS.
Apapun dalam mana-mana parti kerajaan dan parti pembangkang, kalau anda semua nak jadi orang nombor satu atau orang nombor dua, nombor tiga.....
Tengoklah Nasib juga, walaupun selepas PRU lepas kita target nak jadi Calon pada PRU akan datang, kita punya lah kerja kuat untuk Parti, tiba-tiba kita tak dicalonkan terima sahaja lah.
Namun bagi kita terutamanya calon UMNO, ia bergantung akhirnya kepada rezeki dan ketentuan-Nya.
Tiada sesuatu dalam politik yang kekal.. Kawan boleh lawan dan lawan boleh jadi kawan.
Yang kekal hanya isu dan perjuangan. Yang dicari dan dipilih ialah perjuangan yang sentiasa mengenal diri.
Antara calon yang di sebut !!
MOhd Noor Bin Mohd Amin Ketua Pemuda UMNO Bhg. Baling / CEO Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia.
YB DATO' AZMI BIN CHE HUSAIN DSDK., PJN., AMK., PJK.
Banner dikatakan, berniat jahat untuk mencemarkan reputasi 'Bakal' Calon ADUN Bayu. cakap-cakap orang politik menyatakan bahawa Hj. Mohd Noor "lekat' sebagai Calon Adun Bayu.
Kurang dari 24 Jam lagi MB Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kedah akan mengumumkan siapa bakal menjadi CALON bagi setiap Kerusi DUN Kedah ini. Esok jam 11:00 pagi pasti Ahli UMNO, yang lebih mendebarkan lagi 'calon-calon' syiok sendiri menantikan panggilan telepon/whatsaap dari pejabat parti untuk hadir menerima watikah pelantikan sebagai Calon.
Lain pulak cerita di Baling ini, Bagi kerusi DUN bayu N30, makin memuncak 'peperangan' menjadi Calon, kawasan selamat pakat berebut nak duduk lah...... KK bukan nak melagakan calon-calon cuma nak bagi info jer.... entah team manalah yang dok pi gantung kain tertulis ' kami ditipu oleh ketua pemuda Baling.....' marah sungguh depa dekat Ketua Pemuda UMNO Baling.......
Selama ini KK tengok KPU Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin sangat aktif dan banyak program dan bantuan yang beliau salurkan, tak kira kepada pemuda, puteri, wanita, cawangan, NGO malahan seluruh institusi/jabatan beliau bantu. Khidmat bakti beliau mengalahkan YB kawasan itu sendiri.
‘berperang’, berebut untuk menjadi calon pada pilihan raya memang baik untuk rakyat..... tetapi jangan sampai mencemarkan maruah diri....
pesan KK : “Nak jadi calon (PRU) jangan berebut. Ia adalah 'kerja' Tuhan. “Kalau kamu sudah ditakdirkan (oleh Tuhan) sebagai calon, maka kamulah yang menjadi ...
Pada Pru 13 yang lepas nama beliau juga di sebut-sebut menjadi calon bagi DUN Kupang. Ustaz Hasan yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha PAS kawasan Baling. Tetapi Pada PRU 13 lalu beliau tidak di calonkan.... Kali ini Ustaz Hasan tampil dengan lebih berani, entahlah admin pun tak tahu "makjum' yang ustaz Hasan telang... mungkin kekuatan dari semangat ahli PAS sendiri yang mendorong beliau untuk menyahut cabaran di peringkat parlimen, MENENTANG CALON dari Barisan Nasional DSP Azeez Rahim yang juga merupakan sahabat baik Ustaz Hasan.
Ustaz
Haji Hassan bin Saad, 61 tahun berendidikan Diploma Pendidikan Islam, Maktab Perguruan Islam, merupakan pesara guru di Sekolah Menegah Kebangsaan Jerai. Ustaz Hasan merupakan juga merupakan seorang Imam Khariah Masjid Azizi, Kampung Tanjung. Boleh lihat aktiviti Ustaz Hasan di sini :- ydpPasKawasanBaling
Seorang guru Agama sebuah Sekolah Kebangsaan berjaya menewaskan penyandang YDP PAS kawasan Baling, Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya memeperolehi 307 undi manakala Guru agama tersebut Ustaz Hasan Bin Saad memperolehi undi sebanyak (373) undi. Ustaz Abdul Rahman merupakan penyandang YDP PAS sebelum ini merupakan Pengetua Sekolah Men. Agama Yayasan Khariah Kg Pisang serta Tokoh Maal Hijjarh peringkat Negeri Kedah.
Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.
Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.
Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.
Semoga syahid buat Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.
#Update Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal 6 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.
“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.