Friday 31 May 2013

"@anwaribrahim tahu @NajibRazak menerima perjanjian itu". #black505 #BetterNation


Sudah terang lagi mau suluh ker !! Kesian KK menglihat penyokong-penyokong 'tegar' peliwat porno ini, Comfirm dah kena 'main'. Siang malam dok 'terlompat-lompat' macam 'b....k' kena belacan rupanya dah kena liwat pemikiran depa ni...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.

"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."

"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.


"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya. 

-laporan bernama.


KK : Benarlah bagai dikata, memang dah kena 'liwat' dah kepala hangguk depa. Terkinja-kinja kena 'main' depan belakang dengan manusia MUNAFIK ni...ayat paling 'gentleman' ditujukan khas kat penyokong PR... Kalau nak 'bengong jangan libatkan orang lain'.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments:

Post a Comment