Thursday 13 June 2013

@MukhrizMahathir import "pasukan" luar untuk majukan Kedah ? #HanyaDiKedah


Tu la hampa orang nak sangat pilih "Mukhriz' anak Tun M... Sekarang hampa terima la habuan dia....Kali ini memang rakyat di negeri Jelapang padi akan merasai nikmat dan kesejahteraan yang bakal dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selepas menumbangkan pentadbiran PAS di negeri Kedah ini.

Kalau sebelum ini semasa pemerintahan PAS banyak projek "gajah Mati" yang dilaksanakan oleh mereka.. termasuklah kegagalan projek diluar negara.


Kedah teruskan pelaksanaan projek ZIPY

Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) merangkumi projek kilang penapisan dan memproses minyak mentah akan diteruskan kerana mampu menjana pendapatan tinggi kepada Kedah.

Projek ZIPY yang termasuk dalam janji BN jika berjaya menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), akan diberi nafas baru dengan skala lebih besar selepas beberapa masalah utama yang menghalang pelaksanaannya sebelum ini berjaya diselesaikan.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, kerajaan negeri setuju mengekalkan syarikat induk Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh Resources) selepas berpuas hati dengan pelan perancangan dibentangkan syarikat itu.
Katanya, selain skala projek lebih besar, Merapoh Resources juga berjaya menyelesaikan masalah sumber dan pembeli minyak yang sebelum ini menjadi antara faktor utama projek berkenaan terencat.
“Kita puas hati kerana kita dapati skala perojek ini lebih besar dan sudah tentu ia memberi manfaat yang lebih besar jika dilaksanakan,” katanya.
Projek ZIPY diumumkan kerajaan BN pada 2007 lalu sebelum ditukar kepada Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) sejurus PAS mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 itu. Ia dijangka menjana pendapatan hingga RM400 juta setahun kepada negeri ini apabila dilaksanakan kelak.
Sementara itu, Mukhriz berkata, sekumpulan pelabur Jepun menyatakan kesediaan menanam modal dalam sektor pembuatan di Kedah dalam bidang automotif dan pelancongan dengan pelaburan keseluruhan mencecah RM6.4 bilion.
Berita Harian.

KK : Mudah-mudahan rakyat di Negeri menerima keberkatan dan kesejahteraan hasil dari Kempinpinan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment