Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.
Menurut
satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer
(km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau
Tho Cu, selatan Vietnam.
Kenyataan
itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api
daripada pesawat yang terhempas.- Mstar
copy paste dari FB.
Tahukah kamu-kamu yang sekarang sedang berlagak
sebagai pakar penerbangan dan menyebut kerajaan bertindak lembab, Pesawat Air
France 447 hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 selepas pasukan
mencari menjumpai serpihan ekor pesawat dan dua mayat, sedangkan pesawat itu
dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. Usaha mencari dihentikan pada 27 Jun 2009
dengan hanya menemui 51 mayat daripada keseluruhan 273 keseluruhan penumpang dan anak kapal. Kotak Hitam
pesawat hanya ditemui pada Mei 2011. Dua tahun selepas tragedi. Termasuk
bangkai besar pesawat juga dijumpai pada 2011. Lihatlah betapa sulit dan
sukarnya kerja-kerja berkaitan tragedi penerbangan. Pesawat tidak boleh
diumumkan sebagai terhempas selagi bukti tidak ditemui. Jadi jangan jadi pakar
di Facebook dan sedap bercakap semata-mata. Ini kerja rumit! Faham?!
Sungguh menyayatkan hati.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment