Tuesday, 31 January 2012

penyampaian BR1M peringkat Ke_2 DUN BAYU di MRSM Baling.

penyampaian BR1M di DUN Bayu, hampir 3000 org, penerima hadir. ADUN Bayu, YB Azmi Bin Che Husin berkata rakyat perlu memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan pemimpin dan kepimpinan yang bijak untuk menguruskan sebuah Negara Malaysia dengan amat baik dan adil. Belandaskan Slogan Gagagasan 1 Malaysia. Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan. beliau juga menegaskan bahawa setiap pemberian yg diberikan ada hak rakyat.jadi janganlah pula wang tersebut di berikan pula kepada tabung politik pembakang. seperti yang berlaku di Sik, Kedah.






Penyelaras  PARLIMEN Baling Dato' Azeez berharap penerima BR1M menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin. Bersyukurlah dengan pemberian tesebut.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 30 January 2012

TOK MISAI............................Awat la hang Ni....

Ucapan Tahniah untuk Kedah berjaya meugikan RM 300,000,






Pisau Kedah selaku peminat skuad kenari merasa bangga dan nak ucapkan tahniah pada Jawatan Kuasa Eksekutif KFA dan presidennya MB serba tak tahu,Pengurusnya Datuk Khazali Din atau lebih di kenali tok misai yang begitu hebat bercakap sehingga berjaya membuat pasukan Hijau Kuning kalah bermaruah buat kali pertama sejak dari 5 perlawanan dengan menjaringkan 1 gol melalui Nizam ketika berlawan dengan Johor FC,,tak lupa juga ucapan tahniah yang tak berapa ikhlas buat Dr Hamdan Exco Belia dan Sukan,selaku setiausaha kehormat,selaku bendahari kehormat,,( ish,ish,ish banyaknya kehormatnya) Jawatan Kuasa Eksekutif KFA.

Untuk Makluman semua,Juruletih sementara Nizam Adha merasakan dirinya anak jantan yang mempunyai teloq dan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku pada skuad kenari telah meletak jawatan sebagai Juruletih sementara,Pisau Kedah memang tabik hormat la kat Nizam Adha.."tapi apa-apa pun nak kena check pulak teloq Tok Misai,,ada ka tak ada,,mana nak tau Tok Misai ni bukan anak jantan,,tak berani bertanggungjawap.

Pisau Kedah nak bertanya pada Exco Belia dan Sukan,siapa yang bertanggungjawap mengambil pemain import bertaraf liga-liga kampung tu ye??sehinggakan Kerajaan Negeri Kerugian RM 300,000 untuk dua orang import dalam masa 3 bulan,,duit sapa ye yang bayar kat import tu?? duit poket MB ka tu? atau duit rakyat??

Pisau Kedah :- Baca selanjutnya disini Media Kedah

Inilah akibatnya bila bola pun sudah menjadi mangsa politik  rejim puak-puak politik,,memang zalim,,mengalahkan rejim zionis,,

Sunday, 29 January 2012

MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAMAH MESRA DUN KUPANG

Anjuran PEMUDA DAN PUTERI Cawangan DUN Kupang dengan Kerjasam PEJABAT PENYELARAS DUN KUPANG. (ISHAK MAT)









Golongan muda-mudi sememangnya harta negara yang paling mahal. Harapan yang dipertaruhkan kepada mereka sangatlah tinggi. Perhatian optimum terhadap akhlak dan jati diri anak-anak muda menjadi agenda utama dalam perancangan dasar awam sesebuah negara yang ingin terus berdaya saing dalam jangka masa panjang.
Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya
!

TAHNIAH SUKARELAWAN PEMUDA DAN PUTERI DUN KUPANG...... selaku penganjur program majlis makan malam ini. usaha dan keringat amatlah di hargai.....

Wang dan kuasa lebih penting dari umat Islam yang ditindas!!

TUDIAA!! Cubaan Anwar untuk bunuh diri?!


Mc taktau kenapa si Anwar ni cuba untuk menyokong Israel secara terang-terangan, apakah beliau cuba membunuh diri? Menyokong Israel di Malaysia umpama penghinaan besar kepada Umat Islam di seluruh dunia. Cerita ni petik dari SINI. Anwar sudah membuka pekungnya sebagai agen Yahudi Israel di Malaysia.


Baca artikel dibawah,



Sekarang sudah sah Anwar Ibrahim menyokong yahudi zionis dan berjanji akan melindungi kepentingan israel sekiranya dia menjadi PM. Apalagi alasan penyokong Anwar didalam isu ini. Adakah masih menganggap Anwar pemimpin bersih dan suci?






Anwar lebih sayangkan yahudi zionis dan rela melihat umat islam Palestin dibunuh sewenang wenangnya.



sumber : McTheory Kedah Ke KL

Saturday, 28 January 2012

KEJOHANAN BOLING DUN KUPANG.

Masih lagi berlansung...


Published with Blogger-droid v2.0.4

KEJOHANAN BOWLING PEMUDA DAN PUTERI DUN KUPANG.


Sedang berlansung sekarang kejohanan boling yang di lansungkan di pusat boling pengkalan hulu perak. Kehadiran peserta yang akan dianggarkan 200 orang.
Antara aksi2 awal………


Wednesday, 25 January 2012

KISAH RAJA DAN PEMUDA PAS....



MY NAME RAJA

Muhammad Amien Namanya Raja... Orang kuat membantu Pas bg memenangkan seorang ulamak...yang mana ulamak itu sebelum PRK 12 mengaku Raja ini sebagai anak angkatNya..tp bila menang pilihanraya... Raja di sisih begitu saja oleh Ulamak dan anak2 ulamak itu...Patut la imam Ghazali mengelaskan Ulamak kepada 2 ....


 Hilmi Abdul Wahab Ribhan raja & siti ikhlasnya. tp mcm mana pula org lain.kt rnok org bkn islam skg kt,tp ulmak kt tak tak bedamping dgn dan bantu dema.bila dema cr dana nak bntu org india suasah kt dema ni nak mkn duit.tp apa slhnya kt hulurkn duit kat raja n siti ni sbg smbangan.bkn stkt raja,org kempen manager dia pun tuduh mcm2,krg aja punya ulamak

Pemuda PAS Baling Mengamuk! Taib Azamudden Ketaq Lutut



Terdapat satu masalah di Baling, Kedah iaitu dikatakan ahli parlimen mereka tidak pernah turun padang bertemu dan mendengar luahan penduduka kampung. Mati kita lihat benar atau tidak?.
Menurut petikan artikel blog Arif Omar : :

SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini? 

 
saksikan 

Video Panas!!!! Pemuda Mengamuk Kejadian ini berlaku di satu kawasan Dun Kupang,Baling apabila Tugu lambang PAS cap tayar trektor di hancurkan pemuda-pemuda kampung berkenaan.Kejadian ini berlaku kerana ketidak puasan hati pemuda-pemuda kampung di satu kawasan Dun Kupang dengan PAS kerana gagal menepati janji..kejadian ini berlaku betul-betul di hadapan satu markas PAS di Dun Kupang.


SUMBER : KERIS 7 LOK

Tuesday, 24 January 2012

SERAH BORANG.......

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH....


Perlawanan bola sepak antara Pemuda UMNO Bahagian Baling dan Pemuda Kg . Pekan Pulai. Pasukan Pemuda UMNO Bhg. yang di ketuai oleh En. Khairul turut diperkuatkan oleh Dato' Azeez Rahim selaku penyerang. (jersi 5) 

 Seramai 73 Orang ahli PAS yang terdiri dari pemuda serta ahli pas yang kecewa dengan sikap lepas tangan pemimpin pas kawasan Baling menyertai UMNO. Penyerahan borang diterima oleh Ketua UMNO Bahagian Baling Dato' Azeez Rahim.









Monday, 23 January 2012

PERLU TONTON.................

PDRM Info - Video Ngeri Yang Anda Pengguna Jalanraya Perlu Tonton




Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. — BERNAMA


GOMO: Diharapkan para pengguna Jalanraya mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak Polis Trafik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Diatas ini pula Video dari PDRM yang mana memaparkan lokasi lokasi kemalangan yang sering berlaku pada setiap kali perayaan.

Berhati Hati di Jalanraya....


Psssttt... Sekali sekala kena keluarkan artikel sebegini, demi kesedaran rakyat Malaysia.

SUMBER : Papa Gomo

JOM PAKAT PI.......................................Kepala Batas.



10 ribu dijangka sertai HIMPUN di Kepala Batas.


Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.

Pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.

"Himpun mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif," katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di sini, kelmarin.

"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik," kata beliau.

Katanya pada perhimpunan itu bekas EXCO kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.

Perhimpunan yang bertemakan 'Selamat Akidah' itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.


sumber : UtaraNews.com


SYAHADAH,IBADAH,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.

Sunday, 22 January 2012

liwat

WIKILEAKS DEDAH KEGIATAN. Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan singapura dan Lee Kuan Yew telah memberitahu Pej. Penilaian Kebangsaan (ONA) bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalm kegiatan Homoseksual. BOHONG: MATI PUCUK & SAKIT TULANG BELAKANG. Dalam keterangan Datuk Dr S Jayaindran yg melakukan pemeriksaan fizikal di hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 julai 2008 Anwar didapati tidak ada masaalah kesihatan sprti yang didakwa.keterangan ini dicabar. FORENSIK ADA BUKTI KUKUH. 4 org pakar patologi forensi, Dr siew Sheue feng, Dr. Razuin rahimi, Dr. Khairul Nizam Hassan dan Dr. Mohd Razali Ibrahim telah membutikan anwar melakukan hubungan Luar Tabi'e dan terdapat air mani anwar pada tubuh Saiful. KAPAL 'LIWAT SUKA SAMA SUKA


Published with Blogger-droid v2.0.3

:: UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012 ::



SELAMAT MENYAMBUT 
TAHUN BARU CINA
" GONG XI FA CAI"
SEMARAKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

JKM BERSAMA MASYARAKAT


Ahad, 22 Januari 2012- Bertempat di Dewan UMNO KEDA Taman sri Harapan, Penyelaras DUN Kupang En Ishak Bin Mat bersama JKM Daerah Baling yang di ketuai Pn Nazatul Iffah Bt Abdullah,pegawai PKMD Baling menyampaikan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan,di kawasan Kupang Baling.  JKM BERSAMA MASYARAKAT


Moga dengan sumbangan yang diberi KERJAAN 1 MALAYSIA dapat mengurang beban yang dihadapi  dan memberi kecerian dalam hidup.

Syabas Penyelaras DUN Kupang.






SYAHADAH,IBADAH,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.

Saturday, 21 January 2012

PENYELARAS PARLIMEN DAN DUN ADAKAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

1 MALAYSIA !!!!!!!!





21 Jan. 2012 (Sabtu) - BARISAN NASIONAL Parlimen Baling berjaya menganjurkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012. Sebanyak 1500 Kotak buah limau yang menjadi lambang masyarakat Thionghua diedarkan di 3 DUN, Kuala Ketil, Kupang dan Bayu, dari rumah kerumah di beberapa pekan kecil dan penempatan kaum cina di Daerah Baling.

Bagi DUN Kupang, Penyelaras DUN Kupang merangkat Naib Ketua UMNO Bhg. Baling Encik Ishak Mat, Konsep Memberikan sumbangan dari rumah ke rumah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan membantu meningkatkan fahaman Konsep 1Malaysia.
sebanyak 500 Kotak buah limau di edarkan di beberapa kawasan dalam DUN Kupang antaranya Pekan Kupang, Pekan Kuala Pegang, Taman Sri Jaya Kuala Pegang, Pekan Malau, Kg. Tanjung Merbau Dan beberapa kawasan Komuniti masyarakat cina. Bercakap kepada KK melalui telepfon sebentar tadi. 

Berasaskan semangat 1 Malaysia yang di ilham PM dan Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa, perasaan hormat menghormati perlu disemai supaya semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Moga sumbangan ini mampu memberikan keceriaan kepada warga Tionghua khususnya di Baling ini.Turut sama ketika Program ini Dato' Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling. 




Gambar Sekitar penyerahan sumbangan buah limau Di DUN Kupang.