Isnin, 26 Mei 2014

ALFATIHAH : Anggota @PDRMsia Maut Dilanggar Penjenayah.



kemalangan melibatkan seorang anggota dari Unit Rondaan Bermotorsikal,  dari Balai Polis Kuala Kurau telah bertindak berani mengejar sebuah kereta dari jenis Toyota Wish yang merompak sebuah van rokok.

Kes rompakan berlaku di Parit Buntar dan dijangka melibatkan suspek diantara 3 hingga 4 orang.

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh kenderaan yang dinaiki oleh sekumpulan penjenayah di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, Kerian di sini kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

Mangsa, Mohd. Azuan Abdullah, 25, yang berasal dari Kulai, Johor maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Wish berwarna silver dengan nombor pendaftaran WRV 5308.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dirempuh oleh sebuah daripada dua kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah terbabit selepas merompak sebuah van yang membawa muatan rokok. 

sumber






1 ulasan:

  1. Innalillahi Wainna ilaihi rajiun..
    SAemoga Allah SWT tempatkan ruh beliau dr kalangan org yg berjuang. Kasihan lah kerja2 Polis yg gadai nyawa tp dimaki cerca. hanya segelintir yg kurang elok jgnlah di hina yg ramai berjasa ini.

    Al-Fatihah buat Allahyarham..

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah