'Saya Tak Tahu Apa-Apa' – Adik Farid Kamil
Semalam, beberapa blog hiburan ada menulis artikel mengenai pemakaian baju Farid Kamil semasa melangsungkan perkahwinan dengan Diana Danielle di Taman Ekuestarian, Putrajaya, Sabtu lalu.
Termasuklah Mynewshub.my sendiri ada bercerita mengenai hal itu.
Ini kerana, menurut blog Hazrey.com, dikatakan baju yang dipakai Farid itu sebenarnya hanya layak dipakai oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia saja.
Sedangkan nama Farid tidak pernah ada di dalam senarai anggota itu.
Hari ini, menerusi Ohbulan ada menulis mengenai mereka cuba mendapatkan Farid untuk bertanyakan mengenai hal berkenaan tetapi tidak berjawab.
Oleh demikian, mereka cuba mendapatkan ahli keluarga terdekat pula untuk mendapatkan komen mengenai isu ini.
Menurut adik Farid, Fadzil, dia sendiri tidak tahu cara pemakaian Farid adalah salah dan tidak tahu bagaimana Farid boleh mendapatkan uniform tentera tersebut.
"Oh, maaf saya tak tahu apa-apa dan tak berani nak komen.
"Saya hanya uruskan majlis resepsi untuk sebelah Farid di Kedah sahaja, jadi untuk majlis resepsi sebelah Diana saya tak tahu apa-apa.
"Saya pun tak ada info untuk uniform tersebut," katanya.
Tambah Fadzil lagi, adalah lebih baik bertanyakan hal itu kepada Farid sendiri.
Atau tunggu saja kenyataan dari pihak ATM sendiri.
Sumber:MYnewhubs
No comments:
Post a Comment