Saturday 7 July 2012

Tuhan Yesus rahmati Anwar

tudia...... Bang nuar mendapat sokongan gereja diatas perjuanganya menyokong penggunaan kalimah Allah UNTUK ORANG BUKAN ISLAM....

Kepada, 

YBHG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bakal Perdana Menteri Malaysia 

Salinan Kepada; 

Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan
Pejabat Parti KeADILan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah.

YBHG DATUK SERI,

SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri, Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos 2008 yang turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri dalam Pakatan Rakyat. 

02. Kami juga berpendapat Datuk Seri memang layak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sikap Datuk Seri yang liberal dan memberi kebebasan kepada masyarakat Malaysia mengamalkan semua agama. Datuk Seri juga amat berdedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di MalaysiaSesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Datuk Seri dan keluarga.

03. Akhir sekali sebagai makluman Datuk Seri, kami akan menghantar 17 orang ajk pertubuhan ini yang akan diketuai oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan ke Permatang Pauh untuk membantu Datuk Seri dalam kempen pilihan raya nanti.

04. Semoga Datuk Seri akan sentiasa sihat sejahtera.

Shalom.
T.T.
(PASTOR SILVERSTER KHEMO ANDAMAN)
Presiden PGSS.


sumber :paneh miang 

No comments:

Post a Comment