Wednesday 26 December 2012

So!!! Kepada PAS KAWASAN BALING serta konco-konconya.

BERANI KE ? PAS Di Baling Nak suruh Khatib Baca Khutbah Jumaat Hentam DAPigs dalam Isu Penggunaan "Kalimah" ALLAH.


PEHHHHHH....Makin hebat tok Imam serta khatib acuan PAS berkhutbah menghentam Kerajaan dengan pelbagai dakyah serta teori bagi menjatuhkan kesalahan keatas kerajaan sehinggalah pemberian baucer buku, BR1M serta kenaikan harga barang.

Kali ini aku nak dengar Imam-imam serta Khatib-khatib yang dok suka berpolitik dalam Masjid tu. Mengulas serta mempertahan kesucian kalimah "ALLAH" agar tidak di gunakan oleh penganut agama lain.

Kepada PAS KAWASAN BALING serta konco-konconya.

fikirlah demi perjuangan "Membangun Bersama Islam" seperti yang di ILHAM oleh Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadil Nor dan Mereka yang mati sahid dalam peristiwa memali, yang  mana isu ini dimain oleh puak PAS sebagai modal Ceramah.

Beranikah konco-konco PAS nak membantah atau nak memutarkan belitkan lagi kenyataan DAPigs demi Undi...

aku "UP" kan kembali audio Khutbah yang menghentam kerajaan oleh seorang Ustaz yang Mengajar di SEK. KEB. di Daerah Baling.

Rakaman AUDIO Khutbah Jumaat di Sebuah Masjid.

yang telah di sampaikan.

INI ADALAH #SIRI1


DAP mahu Pusat benar guna kalimah ALLAH
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Disember 2012
Lim Guan EngSHAH ALAM – DAP menggesa 

Kerajaan Persekutuan yang 

diketuai Barisan Nasional (BN) 

membenarkan perkataan ALLAH 

digunakan dalam semua Bible 

berbahasa Melayu seperti yang 

dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.


“Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.


“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya.


Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.


Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.


Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam.

sinar

3 comments:

  1. Paling Chantek bagi YB Azmi baca khutbah jumaat hentam pakatan pas n DAP lagi mantapp....tidakpun suruh chegu mail ka mantan ketua bahagian kita ataupun paling sesuai abg azeez rahim baca....kita sedia bagi tempat..Masjid Kupang..kita bagi tempat.... tuan kamera kupang bagi tarikh di masajid kupanmg saya arrange..insyallah... jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulaknak suruh orang UMNO baca Tanpa Nama, Imam kan dah ada jgn pusing ceritalah.

      Delete
    2. memang tanpa tak faham kenyataan la.... Tu aku dah bagi bukti konco-konca PAS berkhutbah politik dalam Masjid, jadi aku nak minta tatok pas ni... baca khutbah berkaitan isu kalimah...susah sangat ker nak faham "tanpa nama" aka atau tanpa akal

      Delete