BRIM 2.0 Akan Dibayar Februari Depan Dengan Kos RM3 Bilion
KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.
Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).
"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.
Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.-- BERNAMA
P/S : terima kasih PM 1 Malaysia... Janji ditepati...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 31 December 2012
#Amanat : Presiden PAS Hadi Awang VS Cikgu Non al-Afghan (Memali). LIve di @RTM_Malaysia
Pengarang buku Airmata Memali dan Kafirkah Aku, Cikgu Non al-Afghan dihina oleh Hadi Awang.
Kata Hadi "Dia cikgu sekolah rendah sahaja, mengajar A, B, C sahaja dan tak layak untuk komen amanat saya".
Cakap Hadi seolah-olah menafikan peranan Cikgu Non yang berusaha keras membangunkan madrasah dan menjadi guru di Madrasah Kg Memali. "
Kata Hadi "Dia cikgu sekolah rendah sahaja, mengajar A, B, C sahaja dan tak layak untuk komen amanat saya".
Cakap Hadi seolah-olah menafikan peranan Cikgu Non yang berusaha keras membangunkan madrasah dan menjadi guru di Madrasah Kg Memali. "
“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.
APA-APA KITA TUNGGU AKAN ADAKAH RTM AKAN MEMBERIKAN SLOT UNTUK MEREKA INI.
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman_kenyataan Menteri penerangan.
P/S: Cayalah....kita tunggu dah lihat lah.... sapa yang nak kena....MACAMANA HADI AWANG BERTEMBUNG dengan Cg. Non.
Demi ISLAM : @ustazfathulbari teruskan "misi" biarpun Ramai ahli PAS yang Hadir untuk menanyakan soalan. #TukarKedah @abuaqifstudio.
Walaupun sebelum, Bermula ceramah UFB di Kupang, Pelbagai dakyah dan taktik "jahat" untuk menggangu ceramah berkenaan di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.
Penyebaran Risalah [kat sini]
Namun semua provokasi tersebut di tangani dengan dengan berhemah oleh UFB pada malam itu. Dengan niat untuk membantu serta mengeratkan perpaduan di kalangan umat islam. UFB dengan penuh keikhlasan menjemput para ahli PAS dan UMNO untuk bedialog serta meberikan pandangan tentang isu-isu terkini.
Antara ahli-ahli PAS yang hadir pada malam itu.
Ceramah UFB di Kupang, Baling. |
PENCERAMAH : USTAZ FATHUL BARI BIN MAT JAHYA (UFB)
TARIKH : 29 DISEMBER 2012 (SABTU)
JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN DEWAN TAMAN SRI HARAPAN, KUPANG.
*Berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Keda Kupang.Baling Kedah.
Korang kenal tak.... |
mendapat kepastian |
Pencacai @dapmsia Kantoi menipu di Dataran Merdeka.
Kantoi............. Laman portal mynewshub bongkarkan penipuan "peserta mogok lapar" di Dataran Merdeka.
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi. |
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar. |
Sebahagian
daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok
lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan
tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu
sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada
awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam
keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi
seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit. Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula
menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian
peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka. Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang
dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar
kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum
ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes
terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik
tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja
dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan
Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum
air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh
mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah
kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin
Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari
ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh
Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami:
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel. |
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek. |
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama. |
Sunday, 30 December 2012
PSY Bakal disaingi "One Pound Fish" Muhammad Shahid Nazir
Antara Lirik Lagu "One Pound Fish" yang mempopularkan Muhammad Shahid Nazir. Dari seorang peniaga ikan. Beliau menarik perhatian pelanggangnya dengan nyanyian. Tidak disangka pula ada pelanggangnya merakam aksi tersebut dan memuat naik di Youtube dan seterusnya menjadi Hits.
Beliau seterusnya di tawarkan merakamkan lagu..... APAKAH "One Pound Fish" bakal mencetuskan "kefobiaan" dan fenomena seperti PSY.
- Come on ladies, come on ladies
- One pound fish
- Have-a, have-a look
- One pound fish
- Very, very good, very, very cheap
- One pound fish
- Six for five pound one pound each
jom Layan lagu yang dirakamkan oleh "OPF"
@abby_abadi112 buka pekong, Adakah bakal dikenakan Tindakan Disiplin PAS?
"SAYA DENGAR !!!!! SAYA PUN TAHU NAK CERITA !!!! SAYA TENGOK ANAK MELAYU KITA !!!! SAYA DAPAT CERITA !!!!! SAYA RASA MACAM.......!!!!! "
Ehhhh> abby ni jangan ler nak tunjuk kepandaian sampai nampak kebodohan sendiri.
kalau nak bercakap kena ada ilmu, bukti dan ber fakta jangan main hentam jer.... kan dah terlondeh & terkeluar "kamaluan" sendiri...
Jangan main dengar jer...... kalau nak tunjuk diri tu berilmu kena ada tempatnya... dan tempat paling sesuai adalah "taraf pendidikan tadika PASti" jer.....
Dah nampak sangat... bercakap macam orang tak de ilmu, tu pun jangan nak ceramah kan orang... berfikirkan wahai abby perbanyakan ILMU ... Kan dah terkantoi.
Menyesatkan : Bebanan di akhirat nanti siapa mahu Tanggung. Nauzibillahi minzalik...
“ |
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
| ” |
p/s
Menurut amanat Hj Hadi, setiap orang islam yang menyokong UMNO adalah kafir, dan kalau mati semasa menentang orang orang islam ini, maka orang itu mendapat syahid. Kemuncak amanat Hj Hadi, maka terjadilah peristiwa Mamali dimana empat orang polis telah terkorban dan empat belas termasuk ketuanya iaitu Allahyarham Ibrahim Libya terbunuh. Semuanya kerana Arwah Ibrahim Libya terlalu taksub dengan parti politik PAS dan berpegang kepada amanat sesat Hj Hadi.
Pelakon Filem Agama GAGAL kawal Nafsu.
Pelakon Filem Agama Ayat-Ayat Cinta Murtad Angkara Cinta
Ayat-Ayat Cinta Murtad Angkara Cinta | Betullah pepatah melayu kata bahawa cinta tu buta.. Buktinya, sorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama, MURTAD kerana cinta..
Korang kenal tak dengan nama Rianti Cartwright? Tak kenal ye? Kalau gua sebut nama Aisyah dalam filem 'Ayat-ayat Cinta'? Korang kenal tak?
Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta..
Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.., “Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”
Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.
P/S : Tak mahu benda ni Jadi kat Malaysia. Tetapi ada juga Golongan politik tertentu cuba menerapkan fahaman Pluralisme kepada rakyat Malaysia. HAK KEBEBAS BERAGAMA.
[Gambar] Jangan salah Faham !!! Kemesraan yang di tunjukan Oleh Penyelaras DUN Kupang.
Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Baling dengan kerjasama suruhanjaya komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Kompleks Rakan Muda, batu 42 Pulai, Baling. Tarikh 29 Disember 2012 jam 02:30 Petang."Ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah Program Pemberian Netbook 1Malaysia sebanyak satu juta unit bernilai RM1 bilion kepada pelajar.
penerima terdiri dari pelbagai kaum. 1 Malaysia. |
"Program ini untuk merapatkan jurang digital merangkumi segala aspek teknologi maklumat dan komunikasi," katanya ketika ditemui selepas program itu.
Seramai 600 orang penerima terdiri dari pelajar sekolah di Parllimen Baling. Sumbangan Komputer netbook 1Malaysia di sampaikan oleh Penyelaras Parlimen Baling Dato Azeez Abdul Rahim. Encik Ishak Mat, Penyelaras DUN Kupang dan Encik Khairul Azhar Abdullah Peyelaras DUN Kuala Ketil.
Bahagia... bapa dan anak sedang mengisi borang penerimaan . |
Kaum india juga tidak ketinggalan dalam menerima sumbangan netbook |
"isi elok-elok borang tu" mungkin itulah yang di cakapkan oleh ayah. |
Kuanter penerimaan Netbook 1Malaysia. |
Hijrah : @Diana_Amir Sebak Jumpa Tuan Guru Nik Aziz tak minat Politik macam @abby_abadi112
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir Sebak Jumpa Tuan Guru Nik Aziz - KOTA BHARU : Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri BesarKelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia didunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini. –source
Gempar !!! Kanak-kanak 3 tahun maut ditetak ibu saudara.
Di rumah inilah mangsa ditetak oleh ibu saudaranya. |
BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.
Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.
Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim.
Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh wanita berusia 36 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.
Katanya, suspek yang juga ibu saudara mangsa kemudian ditahan polis dan dikenakan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
"Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan," katanya.
Jelasnya, ibu mangsa, Faizah Idris, 30, yang cuba membantu untuk menyelamatkan anaknya turut cedera di belakang kepala serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar
Sumber: http://www.kosmo.com.my
[Gambar] 400 Pelajar Cemrlang UPSR & PMR Di Daerah Baling terima saguhati. @azeezputera
Puas !! tersenyum Gembira pelajar cemerlang UPSR |
29 Dis 2012_Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Baling dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling/Sik. Disampaikan oleh Dato' Azeez Rahim, Penyelaras Parlimen Baling. Jumlah pelajar yang menerima sumbangan seramai 400 orang pelajar dari sekitar daerah Baling. Tanpa fahaman politik. Bertempat di Kom. Rakan Muda batu 42 Baling.
Anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar bersaing secara sihat. Di samping itu pula untuk persediaan pelajar menempuhi alam pesrsekolahan.
Jumlah RM500 diberikan kepada pelajar itu juga dapat meringan beban ibu bapa. Jumlah keseluruhan diperuntukan RM200 ribu.
"Diharap para waris dan juga warga pendidik dapat mempertingkatkan usaha bagi meningkatkan pencapaian untuk keputusan peperiksaan tahun hadapan. Kerana saya berjanji akan menambahkan sumbangan, jika keputusan memenuhi 'kpi' yang di tetapkan." Ucap Dato' Azeez Rahim.
Waris pelajar turut bersama menyanyikan lagu 1Malaysia. |
Patriotik! Pelajar Cemerlang bersemangat mengibarkan jalur gemilang. |
1 Malaysia. Para penerima juga terdiri dari pelbagai kaum. |
Pelajar cemerlang PMR |
Pelajar Cemerlang UPSR |
Kempimpinan UMNO Bhg. Baling, Warga Pej. Pendidikan Baling/Sik Bersama Pelajar Cemerlang UPSR & pmr |
Tahniah !!!!! kepada pelajar dan Waris. Serta mereka yang membantu kecemerlangan pelajar-pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)