Sabtu, 14 September 2013

Pemuda MCA minta masa pembelajaran bahasa Malaysia di SJKC dikurangkan. @MuhyiddinYassin #GE13 #BetterNation @rakyatnews_my #rakyatnews #1Malaysia


Pemuda MCA meminta Kementerian Pendidikan menimbang untuk mengurangkan masa pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK) (C) kepada 210 minit seminggu daripada 240 minit seminggu yang ditetapkan di bawah rangka tindakan pendidikan nasional.

Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata walaupun Pemuda MCA gembira dengan penambahbaikan yang dibuat dalam rangka tindakan itu berbanding laporan awalnya, namun mereka berpendapat 210 minit seminggu sudah mencukupi bagi pembelajaran bahasa itu kerana ia seimbang dengan jumlah masa bagi pembelajaran bahasa Inggeris.

"Menggunakan masa yang lebih panjang untuk mempelajari bahasa itu bukan satu-satunya faktor yang boleh meningkatkan kecekapan. Ada perkara lain seperti kurikulum dan metodologi, yang patut juga diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap itu di sini pada Jumaat.

Selain Pemuda MCA, beberapa NGO Cina mencadangkan agar Bahasa Malaysia diajar selama 210 minit seminggu, sama seperti bahasa Inggeris.

Silibus sedia ada bagi bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan memerlukan 180 minit seminggu.

Wee, yang pernah menyandang jawatan timbalan menteri pendidikan, berkata Pemuda MCA akan mengemukakan satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Pendidikan tidak lama lagi dan akan membuat resolusi mengenainya pada mesyuarat agungnya Disember ini.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan supaya segera menempatkan kembali 460 guru, yang sebelum ini mengajar di sekolah Cina sebagai guru sementara dan sudah selesai menjalani latihan perguruan Jun lepas, ke sekolah asal masing-masing bagi mengatasi masalah guru kurang berkelayakan di sekolah berkenaan." katanya.

KK :

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah