Wednesday 4 September 2013

Rusuhan akibat 'kenaikan' harga minyak #ron95 ? #1Malaysia #RakyatDidahulukan #rakyatnews


Kekecohan berlaku akibat kenaikan harga minyak ! Seperti di laporan ini. Apa yang berlaku sebenarnya diperjelaskan di bawah ini.Isu ini sebebenar ciptaan ' pembangkang'. 

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pekarangan sebuah stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, gempar selepas seorang lelaki warga emas yang beratur untuk mengisi minyak tertekan pedal minyak lalu melanggar deretan kenderaan dan pam minyak, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Abd Rani Baba, 59, yang memandu Kia Spectra dikatakan terlelap seketika sebelum terjaga dan tiba-tiba tertekan pedal minyak kereta dipandunya itu.

Kenderaan itu kemudian hilang kawalan lalu merempuh kereta Puegeot yang mengisi minyak dan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Vios, Proton Wira dan Iswara.

Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Foto

Pemilik stesen minyak berkenaan, Mohd Farid Abu Bakar berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta Kia Spectra itu meluncur laju sebelum merempuh kereta Peugeot.

 "Kenderaan itu kemudian melencong ke kanan lalu merempuh pam minyak dan Toyota Vios ketika pemandunya mengisi minyak. Panik dengan keadaan itu, warga emas terbabit kemudian mengundurkan kenderaannya lalu merempuh pula Proton Iswara dan Wira sebelum terhenti.

"Selepas kenderaan mangsa terhenti, orang ramai membantu mengeluarkan warga emas itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, beliau kesal dengan dakwaan mengatakan berlaku pergaduhan dan kekecohan di stesen minyak berkenaan yang tersebar luas malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lima kenderaan.

"Dakwaan mengatakan berlaku kekecohan di stesen minyak itu tidak benar sebaliknya ia hanya kemalangan kecil," katanya, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Muhabir Ibrahim turut menafikan pergaduhan di stesen minyak berkenaan.

"Maklumat awal diterima mendakwa berlaku satu pergaduhan di stesen minyak berkenaan seperti yang tersebar luas di Internet sebelum anggota KPDNKK melakukan tinjauan di tempat kejadian.

"Selepas siasatan difahamkan berlaku salah faham seperti gambar yang tersebar di Internet seolah-olah menggambarkan berlaku pergaduhan sehingga orang ramai membuat andaian sendiri," katanya yang melakukan tinjauan di stesen minyak berkenaan, semalam.

No comments:

Post a Comment