Ramai yang menganggap bahawa Ustaz Fathul Bari merupakan Ulama Muda UMNO. Ramai juga yang melabelkan beliau sebagai Ulama UMNO dan nama-nama lain yang seumpamanya. Namun, saya tidak pernah begitu dan tidak pernah mengakui bahawa Ustaz Fathul Bari adalah Ulama UMNO.
Siapa yang melabelkan Ustaz Fathul Bari begitu pun saya tak tahu. Setahu saya, menurut Islam, tiada gelaran ulama UMNO dan sebagainya. Tidak ada. Yang ada selama ini ialah Ulama PAS dan merekalah yang mempelopori label-label sebegitu.
Misalnya, Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah dilabelkan sebagai Ulama PAS kerana menyuarakan pendapatnya yang agak bertentangan dengan dasar Islam. Atas nasihat tersebut, kerajaan mengkaji semula apa yang dikatakan Harussani dan kes tersebut akhirnya selesai secara baik.Namun, Harussani dilabel pula sebagai ulama UMNO apabila mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat umat Islam bersatu di bawah satu payung politik memandangkan isu politik sering mencetus pepecahan. Teruk beliau diselar, dikecam, dikutuk puak-puak PAS, khususnya Ketua Penerangan PAS Perak.
Begitu juga dengan nasib Ustaz Fathul Bari dan seorang lagi Ustaz yang “glamour” di Youtube, Ustaz Kazim. Mereka berdua dilabel sebagai Ulama UMNO.
Padahal, menurut Islam, ditegaskan tiada istilah ulama UMNO mahu pun ulama PAS, ulama Hamas, ulama Republika atau ulama yang berpaksikan politik.
Yang wujud sebenarnya ialah ULAMA ISLAM. Itu saja.
Islam tidak pernah meletakkan label parti pada golongan ulama meskipun mereka terlibat dengan politik atau menjadi ahli politik. Sebagai contoh, para Khulafa’ Urrasyidin yang pernah memerintah di zaman para sahabat dahulu juga merupakan ahli politik yang bukan calang-calang orangnya.
Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan politik busuk para pemimpin Yahudi, Nasrani dan sebagainya, serta pada masa yang sama terpaksa mentadbir negara Islam peninggalan Rasulullah SAW dengan pembawakan politik yang lebih bijaksana.
Bukan mudah untuk mengawal puak-puak Yahudi yang sentiasa tidak puas hati terhadap Islam, bukan? Mereka lebih hebat ilmu Islam mereka bukan? Mengapa mereka tidak digelas ulama itu atau ulama ini?
Begitu juga dengan ulama seperti Muawwayah Bin Abu Sufyan yang berpolitik. Mengapa tidak digelar ulama ‘muawaayiahi”? Mengapa tidak pula ulama kemudiannya digelar ulama “Abassiyyah”, “Uthmaniyyah”, “Fatimiyyah” dan sebagainya?
Pada saya, Ustaz Fathul Bari merupakan seorang ulama Islam yang muda dan kita sangat beruntung untuk memiliki seorang ulama yang begitu hebat bersuara. Beliau vokal menyuarakan pandangannya menurut Islam. Menegur atau menyokong, adalah merupakan kewajipan untuk golongan ulama sepertinya. Yang mana betul menurut Islam, maka betullah dan begitu juga sebaliknya.
Itulah fungsi ulama sebenarnya tanpa kira ulama muda atau tua. Setiap permasalahan sewajarnya dirujukkan dahulu kepada Islam untuk dijadikan garis panduan dan tindakan selanjutnya. Itu yang perlu dan wajib diamalkan. Dan positifnya, itulah yang dipraktikkan oleh kerajaan pimpinan UMNO sejak zaman berzaman.
Namun seperti biasa, sudah kerja dan sifat pembangkang, khususnya PAS, itulah yang mereka cemburukan. Mereka cemburukan kejayaan UMNO memakmurkan Islam secara muamalah dan dasar kerajaannya. Malah, para ulama Islam di Al-Azhar pun mengiktiraf Malaysia sebagai bayangan “Madinah Al-Munawwarah’, tapi pemimpin PAS pulak yang enggan menerimanya…paJusteru, saya menyeru agar Ustaz Fathul Bari meneruskan usaha beliau tersebut dan semoga lebih banyak lagi “Fathul Bari” yang akan muncul bersama UMNO bagi meneruskan kesinambungan mengimarahkan Islam, memartabatkan Melayu, mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu dan Tanah Melayu ini. Allahu Akbar!_SUMBER MyKMU.net
No comments:
Post a Comment