Wednesday, 4 July 2012

MAMPUKAH LELAKI "TEWASKAN" EMPAT ISTERI




Setiap sesuatu hukum Allah itu sempurna. Sehingga wanita atau isteri sedia bermadu dijanjikan payung emas di akhirat kelak. Mengapa Allah merancang sebegitu? Kita tidak layak mentafsir tindakan Allah tetapi Allah mengurniakan Akal untuk kita berfikir tentang hukum dan sunnatullah.


Antara Faktor Lelaki Dibolehkan Berkahwin 4

  1. Lelaki sebagai pemimpin kepada kaum hawa, seorang pemimpin mampu mengawal lebih dari satu pengikut 
  1. Tugas dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga membimbing, isteri dan anak-anak. Sekuat mana sekalipun seorang wanita pasti dia memerlukan bimbingan seorang lelaki, suami mahupun ayah bagi belum berkahwin. 
  1. Akhir zaman, lebih banyak wanita dilahirkan daripada lelaki, tanpa hukum ini akan ramai wanita yang tidak bersuami serta hidup tanpa bimbingan. 
  1. Menyahut sunnah nabi untuk memperkembangkan dakwah dengan memperbanyakkan lagi zuriat Muslim sejati. 
  1. Nafsu utama lelaki adalah wanita, tidak mustahil dia mampu terpikat kepada wanita lain selain isteri, jadi untuk mengelakkan dosa penzinaan maka lebih baik bernikah untuk hubungan yang dirahmati Allah. 
  1. Selain itu, si isteri mempunyai hak untuk merelakan serta menentukan suami mereka layak untuk beristeri seterusnya atau tidak. 

Namun rahsia sebenar tentang hukum Allah ini, Wallahua'lam. 
Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin ;"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Ingat selagi kita takut tentang sesuatu perkara Allah pasti akan uji kita dengan perkara tersebut.
Kepada yang lelaki pula cermin diri dahulu sebelum berhajat beristeri 2, 3, 4. Adakah mampu berlaku adil tentang nafkah zahir mahupun batin. Adakah anda mampu mensama ratakan kasih sayang terhadap semua isteri? Adakah pendapatan anda lebih dari mencukupi untuk keperluan setiap isteri dan anak-anak?
Adakah anda sudah cukup berilmu untuk mendidik dan membimbing setiap isteri dan anak-anak? Serta yang utama tanya dengan jujur kepada diri sendiri apakah niat sebenar ingin beristeri lebih dari satu? Adakah untuk Allah atau sebagai makanan nafsu? Jika niatnya kerana Allah nescaya Allah akan permudahkan hidup dan memberi rahmat kepada keluarga, jika tidak! Sebaliknya menanti.
Meniti Kehidupan Islam.

KK harap... member KK tu...Ukurlah Baju Di Badan Sendiri....jangan ukur di Perdu Kelapa.




No comments:

Post a Comment