Tuesday 28 August 2012

PENYELUDUPAN SENJATA API APA KESUDAHANYA.

DARI MANA SENJATA API DISELUDUP?
Dua hari lalu, dua bouncers 
kelab malam ditembak mati 
di Kuala Lumpur di hadapan 
khalayak ramai.

Semalam, di Terengganu, 
lelaki Melayu sedang bermain 
dam bersama rakan disahkan 
mati akibat ditembak dari jarak 
dekat oleh suspek berbangsa 
Malayu.

Manakala sebelum ini lelaki India sedang menunggu anak berhampiran 
sekolah di Subang Jaya, Selangor juga ditembak mati di dalam 
kenderaannya.

Tentunya ramai berkata, ajal mereka sudah tiba.

Kes jenayah seperti itu menarik perhatian saya. Tanpa senjata api, 
pistol, kes itu tidak mungkin berlaku biarpun kematian adalah lumrah 
alam.

Dalam 3 kes di atas, 3 pistol digunakan. Timbul persoalan, dari mana 
datangnya senjata api terbabit? Pastinya di negara kita pistol tidak 
boleh dibeli di kedai pinggiran jalan.

Malaysia berbeza jika dibandingkan dengan Thailand. Sewaktu di Bangkok, 
saya melihat senjata api dijual di kedai tepi jalan dengan harga RM700 
sahaja atau lebih murah daripada itu. 

Justeru tidak hairan jika nyawa manusia mampu diragut bak nyawa 
tikus di negara jiran kita.

Untuk rekod, saya pernah melakukan liputan di Sungai Golok, suatu 
ketika dahulu. Kini dipercayai terdapat kira-kira 133 jeti haram 
di sepanjang sungai menjadi sempadan di antara Malaysia dan 
Thailand itu. 

Kegiatan menaiki bot galah untuk menyeberang sempadan masih 
berterusan sehingga kini jika penduduk ke dua negara enggan 
menggunakan pintu masuk sah di darat.

Tambang dikenakan di antara 50 sen dan RM1 sahaja.

"Rakyat tinggal di dua tebing ramai bersaudara dan menyeberang 
sungai menggunakan bot galah sudah menjadi kegiatan turun temurun"

Itu alasan digunakan oleh mereka bertanggungjawab memantau 
kegiatan di Sungai Golok. 

Di jeti haram, pelbagai barangan diseludup di antara dua negara, 
antaranya beras dan bawang putih. Manakala di daratan, kegiatan 
menyeludup petrol menggunakan kenderaan pick-up dari Malaysia 
ke Thailand masih lagi tidak dapat ditangani secara total.

"Bawang putih di Thailand, 
kualiti kurang baik. Malaysia 
punya lebih bagus," ujar peniaga 
saya temui.

Saya masih ingat, membalut 
buah kelapa, saya anggarkan 
seberat pistol semi-automatik 
di dalam plastik berwarna merah 
dan membaling buah kelapa 
terbabit ke seberang 
Thailand. Penduduk negara 
jiran berdiri di tebing Jeram Perdah, menyambut kelapa dibaling 
hanya menggunakan sebelah tangan sambil tersenyum.

Sekaligus saya terfikir, betapa mudah untuk menyeludup senjata 
api ke negara kita jika dirancang secara rapi. 

Sungai Golok, panjang dan tidak mampu dipantau oleh pihak berkuasa 
Malaysia selama 24 jam sehari. Tambahan pula manusia tidak mampu 
lari dari sifat lalai sewaktu menjalankan tugas mereka.
ARTIKEL DARI SINI

No comments:

Post a Comment