Wednesday 7 November 2012

@n_izzah saman @utusanmalaysia2 @BeritaHarian tetapi mengapa tidak @malaysiakini yang keluarkan sumber berita.



AIDCNews – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar utama, Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendakwa difitnah semasa berucap dalam forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility ?' di Gereja Full Gospel Tabernacle,Subang Jaya, Sabtu lalu.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad," katanya dalam satu kenyataan di laman peribadinya hari ini.

Utusan Malaysia disaman kerana menyiarkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama ?", 5 November.

Walaupun sumber berita itu berdasarkan laporan mkini dotcom, namun portal pro-pembangkang itu tidak disaman oleh Naib Presiden PKR.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama di Malaysia.

"Kenyataan itu bukan saja disalah tafsir malah ia dimanipulasi," kata Anwar kepada pemberita di lobi parlimen.

"Apa isunya? Saya baca kenyataan dia yang menyebut mengenai kerangka perlembagaan (kebebasan beragama). Ini jelas," kata Penasihat PKR itu ketika diminta mengulas kontroversi berikutan kenyataan anaknya itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment