Thursday 29 November 2012

Kenapa @azeezputera selalu buat Hal di saat-saat genting !!! #PAU2012

Itulah hakikat yang kita perlu terima,  Ramai di antara kita cuba melakukan sesuatu dengan betul, tetapi kadangkala dalam usaha kita itu tanpa kita sedari sehingga ramai ramai yang menyokong usaha yang bakal diterjemah oleh Dato Azeez Rahim.

Gaza

KP1M LANCAR "ROAD TO GAZA" !! TERBAIK DARI UMNO !!!
Kuala Lumpur 28 November- Hari ini Kelab Putera 1 Malaysia telah mengadakan satu Majlis Pelancaran "Road To Gaza : Human Mission" di PWTC dan pelancaran tersebut telah di sempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan selepas mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak bagi membantu Rakyat Palestin yang di tindas Rejim Israel untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba di Palestin.




Dalam sidang media tersebut, Dato Azeez Rahim menyatakan misi yang di lakukan Kelab Putera 1 Malaysia akan membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza di dalam menghadapi suasana musim sejuk seperti selimut, bahan makanan yang akan di beli di Mesir serta Gaza dan ubat-ubatan yang telah di beli di Malaysia.




Menurut Dato' Azeez Rahim Sebanyak USD 150 ribu telah di belanjakan Kelab Putera 1 Malaysia untuk membeli ubat-ubatan di Malaysia.

Selain dari membawa bekalan bantuan kepada penduduk di Gaza, Dato Azeez Rahim melalui Kelab Putera 1 Malaysia juga akan membawa sebanyak 30 doktor sukarelawan di dalam misi kemanusiaan tersebut bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang memerlukan bantuan.

Dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kali yang ke 2 ini , satu badan NGO, Gerakan Belia 1 Malaysia juga akan turut tampil bersama Kelab Putera 1 Malaysia di dalam menyampaikan misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Menurut Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin, badan NGO terbabit akan bawa bersama 5 orang doktor sukarelawan bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia di Gaza dalam misi tersebut.

Bagi misi kemanusiaan kali ini, Duta Mesir ke Malaysia dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush juga akan memberi kerjasama bagi membantu memudahkan perjalanan misi kemanusiaan tersebut.

P/S: KK ucapkan tahniah. semoga usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan.



No comments:

Post a Comment