Thursday 8 November 2012

[update] Imam Maut Dipukul Ketika Solat Sunat


Seorang imam yang sedang mengerjakan solat sunat, maut selepas dipukul dalam kejadian di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, Tanah Merah awal pagi tadi.

Terdapat kesan pukulan pada bahagian kepala dan leher Abdullah Nawang, 77 tahun dipercayai menggunakan objek tumpul dan keras.

 DSP ABDUL LAZIM MAHMOOD  / KETUA POLIS DAERAH TANAH MERAH

*SUSPEK berusia 57, (tengah) dipercayai kurang siuman dikawal anggota polis. -
 Foto Syamsi Suhaimi
"Kita telah berjaya menangkap suspek lebih kurang pukul 7.30 pagi, di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, Gual Ipoh, iaitu lebih kurang 3 kilometer dari tempat kejadian dan suspek direman untuk siasatan".

Allahyarham dikatakan sepatutnya mengimamkan solat Subuh tadi.

Serangan dikatakan berlaku, ketika mangsa bersendirian di surau berkenaan.

Mangsa dijumpai jemaah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, suspek dikatakan pernah mendapat rawatan psikatri di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.

Motif kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 itu masih disiasat.

Polis juga sedang mengesan senjata yang digunakan.

Sumber berita TV3

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment